Buat: Suamiku (zauji) yang tercinta[hanya Allah mengetahui] Dari : Bakal Zaujahmu Assalamualaika.. Alhamdulillah.. Allah memberikan kekuatan kepada ana untuk menulis entri ini... Sesungguhnya segalanya datang dari Allah, sedarlah wahai anta bahawa Allah sahaja yang memiliki dunia dan seluruh Alam ini. Udara yang kita bernafas ni, Allah tak mintak sesen pun, tubuh badan, kecantikan, harta, dan segalanya hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah untuk menguji kita... Sejauh manakah taqwa kita kepadaNya? buat bakal zauji, ana tak berharap apapun pada anta.. Tetapi ana cuma harapkan anta menjadi seorang yang soleh. Bukanlah bermaksud perfect tetapi ana idamkan seorang lelaki yang soleh menjadi peneman hidup.. Sesungguhnya tiada siapa di dunia ini perfect. buat bakal zauji, ana bukan seorang yang perfect, terlalu banyak kekurangan pada diri ana. Ana ingin berubah setiap saat setiap detik ana cuba berubah . Ana cuba untuk memperbaiki diri ana. An...