Tamat sudah satu tahun dua semester berada dalam jurusan Perancang Bandar dan Wilayah. Dulu saya tak begitu jelas, apa itu URP (Urban and Regional Planning ). Hanya mendengar khabar dari senior dan kawan-kawan sahaja. Tapi Alhamdulillah, setelah setahun penat jerih suka duka dalam bidang ni,saya sudah makin mengerti. Semester 1 Studio Master ialah Mr.Muhammad Ali b.A.Rahman. Beliau cukup mementingkan disiplin dan etika pelajar URP. Pakaian, sikap, dan penilaian kerja amat dititik berat oleh beliau. Memang benar kata senior, URP banyak kerja berkumpulan dan buat report je selalu. Kerja berkumpulan ni memang amat mencabar. Ya, cabarannya dalam pelbagai aspek. Aspek emosi terutamanya. Sebab,bukan senang nak handle semua ahli focus pada satu matlamat berkumpulan. Aspek ikhtilat lelaki perempuan juga. Aspek disiplin.uhh Workaholic. Gelaran rakan studio untuk sy. Excited sangat buat kerja. nak jadi perfectionist la sangat tapi last-last pengsan! Masa tu, projek 4...