Amalan semasa mengandung
Salam kasih sayang!
Ok post kali mengenai amalan semasa mengandung memandangkan ramai yang bertanya kpd saya apa tips tips dan amalan supaya mudah bersalin dan anak sihat walafiat. Ok saya akan share apa saya amalkan. Untuk pengetahuan readers, saya pernah 2 kali keguguran jadi saya amat teliti dalam penjagaan kandungan kali ini. Sebelum disahkan pregnant saya diet turunkan berat badan sebanyak 4 kg. Acid folic mmg saya amalkan semasa kami merancang untuk hamil. Buat pengetahuan readers juga, saya tidak mengamalkan apa apa supplement/jamu yg berlambak di pasaran skrg. Dr Marsita hanya sarankan saya amalkan makanan sunnah, banyak makan sayur dan kurangkan fast food. 1st Trimester 1. Amal surah yusuf, lukman 2. Acid folic, duphaston (kuat rahim) 3. Proscal (minyak ikan) 4. Provas (kalsium) 5. Jus delima 6. Madu 7. Susu kambing 8. Kurma 2nd trimester 1. Khatam alquran 2. Acid folic, kalsium, 3. Jus delima 4. Madu 5. Kurma 6. Susu kambing 7. Saffron (utk kulit bab...