Tips asingkan tempat tidur anak
Ramai kawan-kawan dan para Ibu minta tips macam mana Deeina train Amshari dan Adam untuk tidur sendiri.. Orang rapat atau keluarga biasanya akan boleh tengok Amshari sangat berdikari sangat willing untuk tidur sorang-sorang.. Deeina dan husband memang tak paksa guna kekerasan pun.. 1) Train dari awal lahir Sejak mula-mula lahir, Deeina memang tak ajar anak untuk tidur sekatil dengan Deeina. Satu, untuk elak kemungkinan tertindih atau jatuh. Dua, elak baby kerap terjaga bila kita berdengkur, menggeliat dan sebagainya. Tiga, Deeina tak nak baby terlalu manja dan asyik nak ibu je. Jadi, minggu-minggu pertama selepas kelahiran, memang Deeina struggle sikit jaga baby. Bila waktu menyusu, Deeina akan bangkit or mintak tolong husband ambikkan bayi untuk Deeina menyusu. Bila baby dah kenyang, Deeina akan letak dalam baby cot. Berulang2 buat macam tu, sampai la dah jadi habit bayi.. so, anak-anak Deeina memang akan menangis bila pampers penuh atau lapar. Selain sakit/kembun dan sebaga...