Posts

Showing posts from June, 2010

Balik Kelantan lagi!!

salam.. Anis skrg kat hentian kajang.. sebenarnya, baru beli tiket td jer.. siang td cari kat kaunter tiket belakang blok b2 xada.. tiket dah habis. so..kol5 td..nek teksi gi ktm Nilai..dgn Hidayah n maizatul syamimi.. dorang nak blik gak.. tp dorg nk gi KL sentral.. n anis nk gi UKM.. pas smpai kt stesen ukm.. ambk teksi g hentian kajang.. sbnarnya ni 1st time ceni..hehe dalam teksi sempat borak gak ngan uncle india tuh.. baik r gak die.. die tnya nk balik mane n len2..huu3 pas smpai.. cari r kaunter tiket kat sane.. ader byk kaunter.. tp sumer kaunter tiket dah hbis. hanya 1kaunter jer.. kalernya merah..hehe.. sani ekspress.. so..beli r tiket kat situ...huhu.. skrg ngah tggu bas r...8:30 nnti bru bertolak.. n skrg kat kedai Rest23 bistro.. mnum kat sini... smga slamat esk...okeh! =)

Setiap Pertemuan ada Perpisahan...

Image
Sarah (LaWs) , Anis (Bar), Izzah (Laws) Assalamualaikum... Siti Maisarah binti Sidi Ahmad.. 7 jun 2010 ,1:00pm..went to Pj..b'coz of changing program.. from BAR to..LAWS.. Semoga dikuatkan semangat di sana.. persekitaran lain... pelajaran lain..kawan lain..dugaan pun lain.. jaga diri..jaga hati..jaga iman..jaga makan...jgn sakit2.. Jgn pernah lupa kawan2 kt nilai ni...=) seribu satu kenangan telah tercipta di sini.. InsyaAllah jumpa lagi...

Izinkan Abang Nikah Satu Lagi...

Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin ha

::10 Resepi Cinta::

Image
1. Kekuatan berfikir Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut. 2. Kekuatan untuk menghormati Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apayang aku hormati dalam diri mereka?”. 3. Kekuatan untuk memberi Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk mecipt