Posts

Showing posts from June, 2011

Dia Teman Karibku,Dia Isteriku..

Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena.Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya. Ku belai perlahan rambut ikalnya yg yg menutupi wajahnya... Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari , usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak. Walaupun, cuma seorang . Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku. Kami telah disahkan oleh doctor pakar bahawa kami berdua adalah normal. Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua thn lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua.." Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak ... .Pasti!   "