Posts

Showing posts from February, 2011

Pengurusan Masa تنظيم الوقت

Image
                                    Jadual telah siap disusun.. Rutin harian yg akan disempurnakan dalam cuti sem ini. Perancangan, penyusunan, dan persediaan amat penting dalam melakukan sesuatu perkara. Jadual tersebut merangkumi pelbagai aspek dan hal termasuklah :- Ibadat (perbaiki diri ke arah yg lebih baik) Murojaah --> kuasai balik bahasa arab setelah ditinggalkan. Bertaaruf -->berkenal2 dgn subjek sem depan Tambah Ilmu -->byk membace Persediaan utk Debate pd April nanti Berbakti kpd parent Bantu adik dalam pelajaran Ziarah -->ziarah saudara2,ahli kerabat dan sekolah tercinta Diet -->emm..hehe.. yer ker? bukan diet tapi jaga makan jer maklumlah cuti lama kan Jaga Khotibi ^_^ Penjagaan masa amat penting sekali. pepatah Arab pernah berkata ''Al waktu kassaifu, iza lam taqto' qoto'aka'' bermaksud Masa seperti pedang.. jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotongmu. Sesungguhnya masa tidak menunggu kita dan kitalah yang harus me

Jatuh Cinta

Image
Sebuah filem yang memberi kesan yang  mendalam  kpd diriku.. Jalan cerita yang mantap berserta nilai yang patut dicontohi dan  diteladani syabab masa kini.. Tahniah kpd Sutradara Chaerul Umam dan  Penulis Habiburrahman El-shirazy KETIKA CINTA BERTASBIH KCB 1 Sungguh, setelah berpeluang menonton  KCB 1 pd tahun 2009, Anis telah tertarik dgn nilai islamik yang  menepati gaya hidup muslim moden.. Film yang menceritakan kehidupan pelakon utamanya Khairul Azzam,  seorang mahasiswa Indonesia yang sedang  menuntut ilmu di Al-Azhar University, Kairo.  Cerita ini dapat menjadi inspirasi bagi kita,  ketika melihat bagaimana kerja keras Azzam  yang menuntut ilmu sekaligus berjuang  membantu ibu dan adik-adiknya di kampung.   Cerita ini menampilkan  kesungguhan,  ketika melihat usaha dan perjuangan  Khairul Azzam dalam menemukan jodohnya dengan  tetap selalu teguh berpedoman kepada ajaran agama.. KCB 2 Seterusnya KCB 2 mengisahkan  kehidupan Azzam di kampung,  berusaha mencari pekerjaan

Penggoda Cinta Yang Malu

Image
Ada yang bertanya mengapa diri tertanya-tanya juga, kenapa cinta selepas kahwin  (yang usianya telah bertahun-tahun)  tidak sehangat dulu.  Dulu, berpisah terasa rindu… tetapi kini lain sekali. Walaupun masih ada rasa rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rindu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta.  Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu! Bila berjauhan, ada juga berkirim sms, tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? Macam mana anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga-bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja. Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah. Tetapi bila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua dahulu, bila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, bila dekat (sudah hari-hari di sisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia? Kata sesetengah lelaki (entah species mana), wanita kelihata

Kalau Hati Baik, Wajah Sentiasa Cantik

Image
“Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?” keluh seorang sahabat rapat kepada saya. “Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,” tambahnya lagi. “Mengapa? Teruji sangatkah?” “Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.” “Kau menjaga pandangan?” “Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.” “Ya, iman kita sering teruji,” balas saya, seakan-akan menumpang keluhannya. “Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik… cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.” “Kita akan dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,” pujuk saya untuk meredakannya. “Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu.” Saya senyum. ‘Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran. “Kau yang mesti mulakan dulu, insya-Allahlah iste

Exam oh Ujian oh Peperiksaan oh Imtihan

Image
Dikala Musim peperiksaan ni, bermacam perasaan dan masalah dtg menjenguk kpd kita.. yg tak study awal2 mulalah menggelabah MENGGELUPOR..hehe Skrg adalah musim ujian Final bg student Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Anis pulak dah esok exam nye.. 17hb n 21hb.. Final pulak tu.. Sempat pulak blogging ek..hehe Biase la anis kan :-p mcm2 gaya kan org yang nak exam kan? ada yang study santai2 jer.. ada pula yg study tekun sgt2.. smpai xtido malam.. ish3.. Ade pula yang langsung xstudy.. Mase kecik2 dulu xstudy pun nak exam :p Alarm Kdg2 kita sanggup kunci jam pukul 3 or 4 pagi semata-mata utk belajar.. bgn jer tido.. urus diri dan terus mengadap buku.. Bagusnya kita kan.. tapi, alangkah lebih elok kita ambik wuduk dan sekurang2nya solat dua rakaat.. kalau rajin, solat tahajud, hajat, taubat dan witir sekali.. lebih afdhal.. lepas itu study la.. mungkin lebih berhasil dan dgn kuasa Allah,  mungkin ape yang kita study time tu berkualiti.. Ingat, setiap ape yang kita lakuk

Qolbii

Duka yang syahdu melewati bersua demi meragut jiwa sunyi mengundang air mata sepi yang tak tertahankan lagi bukan rindu, tapi amarah bisa aduhai hati yang melati kasih ku kenapa menyeksakan... kenapa menggusarkan... kenapa mengguriskan.. ... sendiri juga aku terdampar di ruangan balik kalbu sendiri aku tak mahu tangis.. ...kerna ia menyeksakan aku tak mahu duka.. ... kerna ia menyedihkan aku tak mahu ingatan.. ...kerna ia membunuh ku duhai alam tepiskan duka ini longgarkan kusut ini biar aku bernafas tenang kembali tersenyum riang pulanglah duka tiada sakti pada mu..

Anak Gadis

''Perempuan cantik itu tidak mengenali dan dikenali :: Sebaik2 wanita tidak memandang dan dipandang ::  Seelok2 wanita adalah tidak menegur dan ditegur'' Tertarik dgn kata-kata ini membuat diri ini berfikir dan bermuhasabah sejenak terasa diri ini rendah harganya  mungkin bersikap berlebih lebihan di laman sosial atau sebagainya 1. Perempuan Cantik tidak dikenali dan dikenali     Ada betulnya ayat ini kerana tidak dikenali disini bermaksud tidak dikenali oleh lelaki yang bukan mahramnya. Tidak terlalu bersosial dan mudah berkenalan dengan lelaki yang baru dikenali lalu sentiasa HOT dan menjadi topik perbualan sia-sia para lelaki yang naif. Mungkin kita tidak perasan ini tp, Sifat remaja dan apatah lagi perempuan.. ingin menjadi HOT! dan  POPULARITI adalah PRIORITY . 2. Sebaik2 wanita adalah tidak memandang dan dipandang     Renung sejenak Ukhti. Tidak Memandang bukan bererti BUTA sayang. Tapi,memelihara Pancaindera berharga nya iaitu Mata daripada melihat dan liar me