Posts

Showing posts from December, 2010

Sayur Chenta

Image
O_O   wah3..  Nama pun dah Sayur Cinta?? Apakah itu? hehe.. Kali ni nak berkongsi resepi pulak.. Nak bg name pe entah masakan ini.. Tp, mmg mendapat pujian parents and adik2 la.. Dorang suuuke sgt! sedap! Hidangan lunch special buat family sungguh sihat sekali  kan3?? hehe Bahan-bahan :  2 ulas Bawang putih     1/2 Bawang besar  Garam & Gula  2 biji cili padi 1 sudu sos cili 1 sudu sos tiram 1/3 cawan air 4 ekor udang Daun Kobis Kobis bunga 1/2 batang Lobak Merah kangkung Persediaan : 1. tumbuk bwang putih,lada hingga lumat 2. potong udang kcik2 n rendam dalam 1/3 air td, msukkan juga garam/gula, sos cili n sos tiram ke dalam air brsama udang tadi. biarkan selama 5min. (guna mangkuk kecik pn boleh) * garam n gula ni penting dalam masakan, ikut air tgn tkg msak tu la kalau jnis yg pndai agk2 mmg sedap lah!hehe 3.Ptong semua jenis sayur yg diperlukan.  cara potong tu, ikt creativity sendiri lah pton bawang besar juga. cara menggoreng : 1. msukkan 3sudu minyak masak ke dalam

Bahasa Inggeris

Image
Mid Sem holiday yg tidak terlalu membosankan.. ade  jer hari2 kje nak dibuat.. bosan2 Anis ajar adik Bi.. hehe.. mngisi mase lapang dorang and mase cuti Anis juga.. Adik Anis lemah sgt dalam bi.. Dulu Anis pn lemah jugak.. mmg xminat lah bi ni.. Seingt dlu..mse skola rendah.. ckgu xpernah ajar pn grammar.. Nak buat ayat pun xreti.. past tense n present tense pn xreti nk beza.. kcian.. T_T Nak ajar bi kene ade teknik.. bg budak mudah faham.. basic grammar tu penting,,bukan ikt sedap dgr jer taw.. stiap ayat kene ade huraian2 grammar nyer tertentu.. ade formula n jadual bg senang ingt taw.. Dah Masuk skola men pn berterabur lg ayat bi.. speaking tok sah ckap la..  kelu lidah xtau nak speaking ape..  "yes'' ''No'' jer tahu..haha masuk UIA baru lah faham sket grammar2 ni.. ade care senang upenya.. bila dah mantap grammar... baru lah gna vocab canggih2..chewah :) Pak cik Naz rajin ajar Anis bi.. Thanks :) bila dah mahir n faham grammar bi ni

Cuti Sem 23hb Desember 2010

Image

H.I.D.A.Y.A.H

Image
Tudung: ''ala..xmai seruan lg,,agpun,mak bapak I xpenah suh I pkai tdung'' Solat: ''eleh,wtpe solat kalau xikhlas..xmai seruan ag. t la aku solat biler dh mai seruan.''     ''ko sape nk suh aku solat?mak bapak aku pun       xpenah suruh aku solat.. ''              Para ulama berpendapat hidayah itu ada dua, yakni Hidayah Irsyad dan Hidayah Taufik. Hidayah Irsyad itu datangnya dari Al-Quran dan Sunnah, para ulama, ilmuwan yang menyampaikan ilmunya kepada kita. So, secara amnya, ilmu yang disampaikan adalah hidayah kepada kita, orang yang membimbing kita, yang menasihati kita, itulah salah satu Hidayah Irsyad. Malah, kita sendiri boleh mencari hidayah tersebut! Manakala Hidayah Taufik itu datang dari Allah, sesuatu yang Allah beri, yang kita harapkan, dan inilah yang diminta oleh kebanyakkan orang, dan hidayah ini yang paling mahal untuk kita dapat. Kerana nikmatnya cukup manis, menjadikan kita lebih bertakwa kepadaNya.

Bantulah dia...

Image
Siapakah kita untuk menghukum mereka? mungkinkah mereka malu? mungkinkah sikap kita yg membuat mereka bertindak agresif dan sebaliknya mereka makin membenci kita yg berperibadi Mahmudah ini ? mungkin kita yg ego?? Kita tidak cukup berhikmah dalam mengendalikan sahabat kita yg diluar sana yg still hanyut..  Kenapa dengan semua orang? Terus menghukum saya tanpa mengenal diri saya sebenarnya. Allah lagi layak untuk menghukum saya berbanding kamu. Jika anda tidak kenal saya, janganlah terus katakan saya jahat. Saya tahulah saya tak pakai tudung, tapi yang pakai tudung pun belum tentu baik. Saya tak pernah nak sakitkan hati orang, mengapa nak sakitkan hati saya. Cubalah doakan orang dapat hidayah, kan itu lebih baik? Semoga saya mendapat hidayah untuk memakai tudung. Biarlah saya bertudung kerana ikhlas, saya tidak ingin hipokrit.  ko ingat ko sembahyang dah kira bagus sangat ka? Dosa mengutuk tu apa kes? Untung-untung aku yang dapat pahala. Aku tahu lah aku ni jarang-jarang sembahyang, t

:Pengubat Hati:

Image
   Hati manusia sentiasa dilanda keresahan,keluhan n ketidaktenteraman. 5 Perkara yg dapat menjadi pengubat hati kita adalah:   1.  Membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk   dan tawaduk serta menghayati kandungan dan maknanya.   2.  Berpuasa sunat ataupun makan yang setakat cukup, yakni tidak menuruti  hawa nafsu   3.  Tekun beribadah di malam hari seperti qiamullail atau solat tahajud   4.  Berusaha mendekatkan diri dengan sentiasa berzikir bagi mengingati Allah   5.  Bercampur dan bergaul dengan orang-orang soleh dan alim ulama Iman terletak di hati setiap insani.. apabila hati bersih iman akan kekal didalamnya.. Iman tidak bertahan lama dan tidak akan hadir pada hati yang kotor . pengubat hati kita yang dekat dan mudah kita ingat ialah zikir,..selalu mengingati (zikir) Allah.   dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih.   Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai peras