H.I.D.A.Y.A.H

Tudung: ''ala..xmai seruan lg,,agpun,mak bapak I xpenah suh I pkai tdung''
Solat: ''eleh,wtpe solat kalau xikhlas..xmai seruan ag. t la aku solat biler dh mai seruan.''
    ''ko sape nk suh aku solat?mak bapak aku pun
      xpenah suruh aku solat.. ''

            Para ulama berpendapat hidayah itu ada dua, yakni Hidayah Irsyad dan Hidayah Taufik. Hidayah Irsyad itu datangnya dari Al-Quran dan Sunnah, para ulama, ilmuwan yang menyampaikan ilmunya kepada kita. So, secara amnya, ilmu yang disampaikan adalah hidayah kepada kita, orang yang membimbing kita, yang menasihati kita, itulah salah satu Hidayah Irsyad. Malah, kita sendiri boleh mencari hidayah tersebut! Manakala Hidayah Taufik itu datang dari Allah, sesuatu yang Allah beri, yang kita harapkan, dan inilah yang diminta oleh kebanyakkan orang, dan hidayah ini yang paling mahal untuk kita dapat. Kerana nikmatnya cukup manis, menjadikan kita lebih bertakwa kepadaNya.



      Dan mereka yang mendapat Hidayah Taufik adalah orang yang dikehendakiNya, oleh itu, jika kita ingin tergolong dalam orang yang dikehendakiNya, berusahalah kita mencari hidayah, dan perbanyakkan doa. Bukannya terus hanyut dalam dosa dan hanya mengharapkan doa dari ORANG LAIN untuk beroleh hidayah. Lihat sahaja mereka yang bukan beragama islam, kebanyakkan mereka mendapat hidayah samada mereka mempelajari islam itu sendiri, atau melihat rakan islamnya melakukan sesuatu ajaran islam, dan jika dikehendaki Allah, maka mereka memperoleh hidayah. Mereka belajar dari pancaindera yang digunakan, penglihatan, pendengaran, sentuhan, percakapan, dan hasilnya, mereka mendapat hidayah dariNya.




     Tapi kita, sejak lahiriah, yang mendapat hidayah dari didikan orang tua, guru, didedahkan dengan Al-Quran dan Sunnah, tapi makin jauh pula dari simpangnya kerana bisikan syaitan. Cuba kita cari hidayah itu, pakai tudung, solat dijaga, biarpun hakikat, ianya hanya kebiasaan. Tapi jika berterusan, disamping mendalami maksud yang tersirat, InsyaAllah, kemanisan iman yang kita dapat. Common lah, macam juga kerja. Takkan nak tunggu orang offer kita kerja, kalau bukan kita sendiri berusaha mencarinya pada mula. Kita berusaha, selebihnya adalah doa. Kerana doa itu senjata ampuh bagi umat islam sekalian.



     Ingat, kita dikurniakan akal fikiran untuk memikir baik buruknya. Orang yang bijak adalah yang menggunakan akal sebaiknya, tetapi orang yang bodoh adalah mereka yang menyalahgunakan akal fikiran mereka. Hidayah itu memang datang dari langit, tapi bukan datang dengan mudah. Harganya cukup mahal, jadi dari kita sendiri untuk mencari emas buat hidayah yang mahal itu. Emas? Ilmu yang disertakan amalan :)


TOPIK:
1.Tudung: ala..xmai seruan lg,,agpun,mak bapak I xpenah suh pkai tdung
2.Solat: eleh,wtpe solat kalau xikhlas..xmai seruan ag. t la aku solat biler dh mai seruan.
(ni ayat2 akhawat yg pernah mereka jwab kpd ku bila ditegur)
Lembutkan hati2 kami YaAllah..
Semoga Allah memberi hidayah kpd Mereka..
dan buat diri ini juga yg sering lalai..
Iman yg sering turun naik..
Anis sayang kamu semua.. T_T

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)