Anak Gadis

''Perempuan cantik itu tidak mengenali dan dikenali :: Sebaik2 wanita tidak memandang dan dipandang ::  Seelok2 wanita adalah tidak menegur dan ditegur''

Tertarik dgn kata-kata ini membuat diri ini berfikir dan bermuhasabah sejenak
terasa diri ini rendah harganya 
mungkin bersikap berlebih lebihan di laman sosial atau sebagainya

1. Perempuan Cantik tidak dikenali dan dikenali
    Ada betulnya ayat ini kerana tidak dikenali disini bermaksud tidak dikenali oleh lelaki yang bukan mahramnya. Tidak terlalu bersosial dan mudah berkenalan dengan lelaki yang baru dikenali lalu sentiasa HOT dan menjadi topik perbualan sia-sia para lelaki yang naif. Mungkin kita tidak perasan ini tp, Sifat remaja dan apatah lagi perempuan.. ingin menjadi HOT! dan  POPULARITI adalah PRIORITY .

2. Sebaik2 wanita adalah tidak memandang dan dipandang
    Renung sejenak Ukhti. Tidak Memandang bukan bererti BUTA sayang. Tapi,memelihara Pancaindera berharga nya iaitu Mata daripada melihat dan liar memandang lelaki sane sini dan apatah lg melihat perkara tidak elok. Tunduklah pandangan mu. amat perlu utk para lelaki juga.

قُل لِّلْمُؤمِنِيْنَ يَغُضُّوْا مِنْ أَبْصَرِهِمْ وَيَحْفَظُوْا فُرُوْجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللهَ خَبِيْرٌ بِمَا يَصْنَعُوْنَ
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (an-nur:30)




Tidak Dipandang pula bukan beerti halimunan or hantu ukhti..tapi, tidak menjadi terlalu menonjolkan diri dalam pelbagai aspek seperti suara, pakaian yg tidak sopan, aksi yang mengghairahkan lelaki yang akan sure akan menjadi tatapan lelaki . Sungguh sayang diri kita kan. Sesame menasihati antara kita, InsyaAllah.

3. Seelok2 wanita tidak menegur dan ditegur.
 Kita diharuskan bertegur sapa dan mengambil berat terhadap saudara seislam perempuan kita. Tapi, ramai remaja perempuan sekarang sudah berani menegur lelaki di khalayak ramai. Dengan suara yg amat lantang pulak tu sapaannya. Sungguh tidak manis muslimah bersikap begitu. Berpada-pada lah pergaulan dengan kawan lelaki, jangan terlalu rapat. Ingat, anda masih di ZON HARAM dgn nya.


Apabila tinggi nya nilai seorang wanita itu, lelaki yg tidak dikenali atau menghormatinya tidak akan sekali2 berani menegur dgn niat xbaik dan apatah lg mengganggu kita

Tidak berniat utk berlagak pandai dan berlebih lebihan di sini.. dari hati ku coretkan di sini buat tatapan al banat Islam kesayangan Anis dan sebagai peringatan tazkirah buat diri Anis juga yang sering lalai ini..
Manusia = نسي = Lupa. 
sering lupa dan hati yang mudah goyah,rapuh dan iman yg sentiasa naik turun..


Semoga Allah memelihara kita . Ameen ~




Comments

Post a Comment

Amboi,nak komen ape tu ?

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)