Dinner 50 Tahun PERKIM

::6hb Oktober 2010::
Anis telah menghadiri majlis makan malam di Masjid Wilayah Kuala Lumpur sempena sambutan jubli emas Perkim. Seramai enam orang lelaki dan enam orang perempuan mewakili dari Perkim UIA, PJ. 
Setelah meninggalkan jawatan timbalan presiden perkim Uia Nilai..Anis juz join Perkim UIA PJ ni, sebagai ahli biasa sahaja. Dinner pun Najihah (V.P PJ ) n Asyraf ( Pres PJ) yg ajak Anis turut pergi sama. Terima kasih kepada korang sumer. Actually, xknal pn ahli perkim PJ ni.. juz knal najihah, asyraf n marzuki jer. Syahmi kenal coz die tag anis lam pic kat fb mase gi majlis buka pose dgn Tun DR.Mahathir dulu. 

Majlis bermula kira2 jam 8.30 malam. VIP jemputan pada malam tersebut adalah Tun Dr.Mahathir n Timbalan PM. Majilis dibuka dgn bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan nyanyian lagu Perkim. Lagu Perkim amat sedap! selepas itu, kami semua dijemput untuk menjamu selera sambil diiringi tarian berzanji. kumpulan nasyid Saujana juga turut membuat persembahan pada malam tersebut. 

Anis n sahabat2 Perkim dduk semeja dgn famili chinese muslim.. sweet sgt dorang tau. Pasangan suami isteri ni bawa sorang anak perempuan n sorang anak lelaki. Anak lelaki die ngah belajar kat UITM manakala anak perempuan dia pula belajar kat UIA,Gombak. Muka dorang mmg cina betol la. Anak Perempuan mereka cukup cantik. Ibu n anak cantik bertudung. Alhamdulillah, Allah telah memberi hidayah kpd mereka sekeluarga. Sungguh bertuah juga bagi kita yg telah mmg sejak azali dilahirkan Islam. Sayangi Islam, tunjukkan peribadi muslim yang sebenar. biar kita menjadi contoh islamic kepada mereka yang bukan Islam di luar sana. wanita islam yg still xbertudung, malu lah kita kepada yg baru memeluk Islam. Semoga kita semua sentiasa terpelihara akhlak kita. Selamat Dunia Akhirat. ni sedikit gambar pada malam tersebut: ^_^!

Najihah, najibah ..




     Kalau nak kawen,kt sini ade dewan ea...hehe 




      Ape sep2 laki buat tuh..haha 

            candid girls...^_^

                       Perkim UIA PJ 

      Pic ni Marzuki yg ambik..adui la.blurr..

 Ni Auntie chinese Muslim tu, bersama dua orang anaknya =)

Okey! setakat ni sahaja.. Salam Muhibbah <3


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)