Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Kali ni Deena nak tulis balik kronologi bersalin anak kedua..
Due date kali ni 21 Oktober 2019..
Sepanjang pregnant kali ni Deena tak dapat decide nak bersalin dimana..
Sebabnya hospital yg bersalin kat Amshari dulu dah takde doktor pakar perempuan..
Sepanjang rawatan bulanan, pergi klinik Intan je sebab ada doktor perempuan.
tp bukan pakar la.. jd last minute bila bulan oktober tu decide bersalin dkt Klinik Intan je la..

13 Oktober 2019
Pagi tu mcm biasa after subuh, Deena rehat rehat then jam 7.45 am baru siapkan breakfast..
Terasa nak makan pancake so rajinkanlah diri ni buat pancake..
Amshari pulak mmg gemar sangat pancake..
Ttak sempat bakar semua dia dah merengek-rengek mintak nak lagi..nak lagi..alahai..
Bagi melengkapkan pagi tersebut, Deena buatkan milo panas..
breakfast bersama En.Hubby tersayang..

Lepas breakfast, jemur kain di jemuran..
terasa penat so baring-baring atas katil jap..

Jam 10:00am
Deena rasa macam nak cirit birit,
Beberapa kali ulang alik pergi tandas..
terdetik dalam hati, ni mungkin tanda awal nak bersalin ni..
Tapi belum ada contraction.. in case apa2, terus inform husband yang mungkin akan bersalin hari ni..
Mintak dia siapkan apa yang patut.. Husband pun call Hospital Salam untuk tanya doktor pakar perempuan dapat datang ke tak if Deena bersalin hari ni. Masa tu amat bersyukur bila Dr Jumizah dpt  datang untuk hari tu. Jadi decide pergi Hospital Salam mungkin tengah hari sikit..


Jam 10.30am
Masa ni dah start kira kekerapan kontraksi.. tiba-tiba kontraksi kuat dan kerap, dalam 5minit sekali..
Terus inform husband untuk ke hospital segera..
So,masa ni dah tak larat nak sarung baju sebab contraction kerap sangat..
Dah masukkan bag dan setel siapkan Amshari, baru husband pimpin tangan masuk kereta..
Husband call hospital, inform akan ke hospital segera

10.50am
Tiba dirumah mertua sebab nak mintak bibik jagakan Amshari..
Masa ni contraction dah 2min sekali..
Terasa nak teran je mase tu, tapi tahan..
Sakitnya hanya Allah yanh tahu..
Masa dalam kereta tu, memang genggam tangan husband kuat-kuat..
Sambil minta ampun dan minta dipermudahkan..


11.10am
Perjalanan dari rumah ke hospital memakan masa kira-kita setengah jam..
Husband parking betul-betul depan hospital, terus nurse datang dengan kerusi roda..
Masa ni Deena ambik masa sikit nak keluar dari kereta sebab nak tunggu contraction stop untuk bangun duduk atas kerusi..terasa kelakar pulak..
Husband pergi park kereta dulu sementara Nurse tolak ke kaunter pendaftaran,
staff kat situ boleh pulak nak mintak ic nak register dulu..
Nasib baik nurse tu bagitahu “akak ni dah nak bersalin ni”..T_T nanti husband yg tolong register.
Berlari nurse tu tolak Deena ke labor room..

11.20am dah masuk labor room untuk persiapan..
Tapi Deena tak sempat tukar jubah, just sarung baju hospital dari luar..
Bidan beberapa kali tanya, dah sakit ke, sakit sangat ke, rasa nak teran tak..
Deena memang tak dapat jawab, angguk-angguk je..
Masa ni mulut mmg ulang2 baca doa mudah bersalin, selawat “ya fattah” dan surah Al-Insyirah berulang-ulang kali..

11.30am
Doktor standby datang untuk check bukaan sebab doktor yang Deena booking tu belum sampai lagi..
Allahu, bila doktor check, dia cakap bukaan dah full..
Doktor suruh decide samada nak tunggu doktor yang Deena booking atau nak proceed bersalin terus dengan dia.. Laju je Deena cakap nak bersalin terus..
So, doktor terus ready untuk pecahkan air ketuban..
Masa tu, sempat lagi request gas tahan sakit.. antonox kot nama dia..
Masa sedut tu dah start lali-lali.. macam khayal gitu haha..
tapi bila dah start nak fokus teran, dah tak disarankan pakai sebab nanti tak fokus nak push pulak..

11.43am
Setelah dua kali push, Alhamdulillah.. keluarlah ‘Izz Adam seberat 3.4kg..
Lepas setel, nurse tanya doktor perlu jahit tak..
Alhamdulillah sekali lagi, doktor kata tak luka pun, tak perlu jahit..
Memang bersyukur sangat, sebab memang tak nak jahit2..seriau..

14 Oktober 2019
Discharged.

Sepanjang stay di hospital tu, memang jadi bualan nurse la sebab dorang duk sembang Deena mudah sangat bersalin.. pandai push pastu, tak luka langsung..
Alhamdulillah, semua dari Allah dan dengan doa2 orang yang terdekat..

Ramai yang tanya Deena tips untuk mengelak luka semasa bersalin, nanti Deena share dalam next post ye..



Comments

Popular posts from this blog

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)