Saya Malas la baca Quran




Salam Sayang semua :)
Entry kali ini, kenapa kita malas bace quran ? Makan hari2, tidur pun hari2, ngadap laptop , blogging n berfacebook pun hari2 kan ? Tp, bace Quran malas benar kan? Di mana diri kita sebenarnya, apa matlamat kita hidup di dunia, dan menuju kemana kah kita ?

Ada orang baca Al-Quran hari-hari,
Ada orang baca Al-Quran 2 hari sekali,
Ada orang baca Al-Quran selang sehari,
Ada orang baca Al-Quran seminggu sekali,
Ada orang baca Al-Quran setahun sekali,
Ada orang baca Al-Quran hanya bila ada orang mati,
Ade juga time takot jer mula ingat Quran, tu pun letak je bawah bantal,
Ada jugak yang langsung tak baca, tunggu orang bacakan time dia mati...


Mengapa perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya..?

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik.
 Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran.
Mungkin ada yg pernah bace kisah ni tp apa salah sbgai pringatan sekali lg :)

Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita membaca Al-Quran, 
sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya
 di sebuah bukit di pendalaman. 
Setiap pagi Atuk bangun awal pagi 
duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. 
Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.


Pada suatu hari cucunya bertanya,
 ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. 
Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ 
Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, 
‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai 
dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh,
 tetapi semua air itu membocor keluar 
sebelum dia sampai ke rumah. 
Orang tua itu ketawa dan berkata. 
‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’
 dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.
 Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. 
Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, 
dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata,
 ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ 
dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.

 Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air,
 tetapi apabila sampai kepada Atuknya, 
guni tersebut sekali lagi kosong. 
Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ 
Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa
 guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih,
 luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. 


Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sendirinya,
 dalaman dan luaran. 


Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.

Subhanallah,Tengok..Si Comel ini pun rajin :) 


Ada orang tanya, kenapa kita mesti nak baca Al-Quran sedangkan kita tak faham apa maknanya? Macam mana nak faham? Kena la belajar bahasa Arab. Susah? Apalagi, buka tafsir la. Tak faham pun tak ape, yang penting baca. Tapi kalau kita faham kira lagi bagus la. Wallahua’lam.

Comments

  1. salam alaik kak An.subhanallah.alhamdulillah dats artikelnya.memng btul2 brguna..tapi ign sy menanyakn 1 soalan.andai kak An bley jwb.jwbkn.andai tdk.xmngapa :))... ada RAsululullah SAW bersabda.bhwasnya.apabila nak baca Quran kenalah mengangis xpun pura2 je. tpi mcm mna nk menangis..sdgkn kita x mengetahui mkna2nya @ apa y difirman kan oleh Allah Taala itu ??? wallahua'alam. terima kasih sy ucpkn kak An :))

    ReplyDelete
  2. Wasalam Isya. Terima kasih atas komennya.
    Mengenai hadis itu, ia benar
    “Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.” (Hadis Riwayat: Al-Bazzar).
    Sbb itu la kita kena faham dahulu apa isi nya. mcm kita bace novel, bace sinopsis je kt blkng xkn kita akn tibe2 nk mnangis kan, jadi mesti la kna baca kisah, mghayati prjalanan cerita tersebut n bila fham hati akn mula trsebtuh bila ada babak sedih .
    Al-Quran pula, sbb tu la kena baca sekali dgn tafsir nya , baca dgn tartil dan perlahan agar dpat mghayati stiap kalimah ayat2 suci itu .

    Mngenai artikel diatas, ditujukan kpd org yg malas bace alQuran . mesti ade kan kiter tgk rakan2 sebilik,sedorm jarang sgt bace quran .
    Mmg la kita xfham isi apabila kita hanya membaca . Bahasa arab bukan bahasa kita dan tmbah2 lg ayat quran menggunakan ayat2 yg indah dan penuh syibih. Tp, bukan bermakna kita terus tinggal xbace quran langsung. apa salahnya kita bace walau xfham sekalipun . Mcm cerita kt ats tu , lame2 guni yg ade ksan arang tu akn bersih . mcm hati kita juga, lama2 dgn niat yg mulia kita membaca quran tu,Allah akn bg sinar hidayah kt kiter dgn lame2 klamaan kita akn terasa nk belek tafsir ayat demi ayat. Bila begitu, mula la hati yg dbri hidayah itu mula memahami isi ayat quran itu dan hati mula tersentuh dan menangis . itu lah, indahnya ayat Quran ini . :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Amboi,nak komen ape tu ?

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)