Cinta DHUHA



SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 9.00pagi hingga 12.00 tengah hari

Niatnya:


"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



Budaya Sekarang:
1. Malas dan agak berat untuk melaksanakan solat sunat dhuha.
2. Sibuk Menjadi alasan, padahal ia hanya mengambil masa 4-5minit sahaja, tetapi fadhilat amat besar.
3. Kurang pendedahan tentang fadhilat solat sunat dhuha dan kurang dipengaruhi orang terdekat

AYUH!
Walau sesibuk mane pun,luangkan 4-5minit untuk solat dhuha. Mungkin  Sebelum ke kelas atau selepas kelas pagi. Masakan kelas memanjang tanpa masa rehat. Kalau di tempat kerja pula Aisy percaya diberi kelapangan yang amat banyak untuk dhuha. Aisy pernah menjadi guru ganti disebuah sekolah di kawasan Keramat. MasyaAllah, amat kagum dengan penolong kanan yang setia dengan solat sunat dhuha. Beliau dalam kesibukan kerja menguruskan sebuah sekolah dan anak-anak didiknya pun masih berpeluang melaksanakan sunat Dhuha walaupun sekejap. Ini menjadi contoh kepada kita semua.
Walaupun Ianya bukanlah wajib kerana Rasulullah sendiri pun tidak konsisten melaksanakan solat sunat dhuha .

Hal ini diterangkan oleh Aishah: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka. 
(Riwayat Muslim).

Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.

FADHILAT :
1. Kekuatan Jasmani

Daripada Buraidah katanya telah bersabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud "

" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.

Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."

( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )

2. Diampunkan dosa

Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.


3.
Dimurahkan rezeki

Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

Jom Solat Dhuha same-same ! 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)