Dia Perlukan Gas!



Ramai orang kata, kalau selalu guna..Bahaya.. 
Ada side effect nya..

Tapi..
Kalau tiada botol plastik berwarna biru tu..
Semua akan susah hati..

Dia Tidak mahu wajah bahagia mereka berubah
Tidak Mahu. Tidak Mahu.
Tidak mahu mereka susah.

Oh, tanah kelahiran dia..
Syukur masih ada peluang untuk menjenguk ke jendela..
Dia melihat mereka riang mengayuh basikal kesekolah agama..
MasyaAllah Rindunya dia!

Menghirup udara..
Sungguh nyaman udara dipagi hari..
cukup segar sekali..
Alhamdulillah..


tapi, hakikatnya..
disebalik udara yang segar itu,
di disini..
dia masih memerlukan Inhaler 
Lemahnya...

********
Dia juga perlu oksigen..

Tanpa oksigen, ada inhaler pun takkan bertahan..

Dia juga memerlukan kalam Allah..
Ya, Al-Quran .

AlQuran itu penyuci hati,
Penenang jiwa diri 
juga
kalam motivasi .
Tanpa ia, JiwanyaMati.

Allah. Allah. Allah.
Allah Maha Besar.
Tetapkan kami atas landasan kebenaranmu.
Peliharalah kami.
Kami bersyukur dengan apa adanya.

Moga esok aku tidak lupa untuk bersyukur lagi..

-Anisdina-


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)