Busana D'Hati


Salam Ramadhan sayang-sayang semua :)


Alhamdulillah cuti kali ni, lepas jadi committee sy kerja pulak. 
Nak tahu apa ? 

Saya jual T-Shirt Muslimah..
T-shirt tu sy design sendiri.. then, suruh supplier cetak .

Ada 5 warna iaitu Putih hitam, Oren, Ungu, Hijau & Pink .
Rm35 sehelai . Saya buat poster dan promot dari bilik ke bilik ke setiap mahallah.

Alhamdulillah sy dapat 120helai order.

Sekarang baju tu sedang dalam proses cetak dan sudah hampir siap.

Pastu saya kerja lain pulak, t-shirt muslimah tu sampingan je..hehe

Sebelum tu dapat banyak offer :

1. Guru ganti english SK Lembah Keramat
2. Guru Tadika Ana Montessori Bangi
3. Busana D'Hati UIA PJ
4. Kerani Bas Sani

5. Baby Sitter

So,atas sebab senang, jarak dan selesa saya pilih kerja kat Busana je la.
Lgpun, cuti sem lepas sy dah keje dan dah rase macam mana jadi guru ganti sekolah rendah. 
Ni nak rasa la pulak macam mana kerja kat kedai pakaian. Busana lak tu . hehe


Full time . Pagi - Malam . hehe ( Rajin kan saye??)
Hari pertama kerja tu sy kene hafal semua harga-harga barang tau.
Banyak..malam tu sy study ingat-ingat balik.hehe.
Hari kedua sy dah mula lancar sebut harga tanpa gagap-gagap lagi dah.

Kat Busana tu ada jual pakaian muslimah je . Muslimin xada.
Sarung lengan, stokin, jubah, inner, tudung, selendang n etc .

Bab sangkut,lipat n kemas kain mmg hobi sy. Mmg suka sgt.
Hari-hari mmg tu je keje sy. 

Pastu kemas kedai.
Minggu pertama sy demam,haha xtau nape. 

habuk kain sebab duk mengemas kot . 
Sampai ke klinik . haha.

Gelaran sy sepanjang kerja tu 'Akak Busana' hehe.
Hampir semua budak UIA PJ tu kenal sy .
Kat Lrt, KL Sentral, Masjid Jamek ade je budak tegur dan senyum..
sy tak kenal tapi agak-agak je dari jauh mesti budak UIA nih..hehe
Ada tu hari-hari datang busana , 
even tak membeli pun datang saje nak borak-borak dgn sy.
Semua junior sy tapi dorang rapat . 
Ada yg tggu sy break nak makan sama-sama.
Ada juga yang bawa makanan , kek,air belanja sy .
Ada juga datang nak kongsi problem dgn sy.

Tolong setakat termampu.
Alhamdulillah sy bahagia dikelilingi akhowat-akhowat yg cukup baik dgn sy.

Aunty (Majikan) amat la baik dgn saya.
Dia naikkan gaji saya atas sebab tertentu
( Malu la pulak nak sebut,hehe )
Pernah jamu KFC dan roti canai makan sekali dgn dia.

Aunty sendiri pun ramah dan sempat bercerita pasal dia kat sy.
Masalah dia dan sy amat kagum kat aunty.
Mmg seorang yang tabah dan kuat semangat.
Selalu nasihat sy juga sebenarnya.
Kalau tengok mata dia bercerita rasa sebak terus.
Rasa sayang jiddan kat dia. 
Macam rasa dgn my ma pula.
Rasa nak peluk dan cium dia.
Mmg dah peluk dia dah tadi :'(

huwaaaaaaaa...
Lepas ni susah nak jumpa dah la..
*****************************

Em..Ha satu lagi projek kawan satu studio (Shukri)
Bisnes Varsity Jacket.
Sy ada tolong-tolong dia sikit jual utk bahagian sisters.
Shukri pun semangat kerja dan buat bisnes jual varsity dalam cuti jugak.
Respeklah orang rajin cari duit macam ni.
Ade propose jacket ni kat IDEA Society jugak.
Sy sendiri yg jumpa advisor,Br.RIfzal.
Mungkin kalau Idea tak nak buat skrg,
 mungkin dimasa hadapan mungkin nak buat seragam dak AED pakai jaket semua..
cewah..smart gitu kan?

Apa-apa tempahan boleh contact sy atau Shukri .

Selain itu, sy handle dua reunion cuti ni . 
1.Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Panji
2. Bekas pelajar 5A2 Maahad Muhammadi Perempuan

Dipertanggungjawabkan untuk urus aturcara, tempahan tempat dan sebagainya .
Reunion tu kami jadikan majlis berbuka puasa sebab buat time bulan puasa nanti.
Semoga ukhwah tetap terjalin sampai bila-bila . InsyaAllah.

SK Panji

5A2 - Maahad Muhammadi KB

Taksabar rasanya nak jumpa kawan-kawan.

Sekarang dah masuk 1 Ramadahan .
12Ramadhan Birthday sy lam bulan Islam.hehe.
Semoga Ramadhan kali ini lebih penuh barokah dari sebelum-sebelum ni.
Stop kerja, boleh berehat dan focus azam bulan ramadhan ni.
InsyaAllah :)

Murahkanlah rezeki kami .
Rezeki Sabar, sihat, bahagia, tenang dan Istiqamah.

Syukran jazilan kpd yg selalu tak jemu-jemu bg nasihat dan 
layan macam-macam soalan pelik dari saya..hehe.
Kak Iryane, Kak Khairana, Aman , Nazerrul, 
dan Dr.Nik :)
Semoga dirahmati Allah selalu.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)