Tamat Asasi


Salam kasih sayang semua .
Post ni dah lama nak tulis tapi disebabkan terlalu sibuk, 
jadi tak sempat nak update blog pun..
Saya mmg tengah bercuti sekarang selama tiga bulan . Alhamdulillah saya telah menamatkan asasi senibina di UIA Petaling Jaya  dan InsyaAllah akan further degree  kat UIA Gombak bulan September nanti dalam jurusan Perancangan Bandar dan Wilayah :) Ya, bidang ini pilihan pertama saya .


Selepas portfolio awal bulan Mei lepas, 

saya balik ke klate selama seminggu dan 
27HB Mei saya ke UIA PJ semula untuk
 berkhidmat kepada UIA tercinta sebagai 
Taaruf Week Committee 2012/2013 .

Alhamdulillah saya dapat biro yang saya nak iaitu Examination Bureau . 
Kalau taaruf week lepas, 
saya sebagai programme coordinator (PC) , 
Kerja time induction memang memeningkan bagi PC dengan 
Action Plan, Master Plan dan General Master Plan. 
Biro exam ni pulak agak sibuk tapi dalam konteks lain,
 kena tahu jumlah student dan jumlah venues yang ada kat dalam UIA PJ ni..
 Disebabkan terlalu ramai kemasukan baru,
 kami terpaksa menggunakan kesemua tempat yang 
boleh dijadikan tempat exam termasuk 
surau, seminar room dan sebagainya lah.hehe.

Atikah, Nadia dan Jannah rumets lama jadi Committee jugak
 tapi dorang biro security . kena berpanas dan hujan :p

Saya ni tetiba pulak rase nak mencuba suara jadi
 announcer or Master of Ceremony , jadi
saya pun hadirkan diri ke audition MC/Announcer dan

Alhamdulillah saya terpilih untuk menjadi announcer arab dan melayu..hehe.

Kami para announcers ni dilatih untuk lebih berkemahiran dengan gaya,nada suara mengikut kesesuaian situasi hari pendaftaran dan yang paling penting kefasihan berkata-kata . Terutama dalam arab la.



Hari kedua dan ketiga pendaftaran tu mmg sibuk dgn announcements yg bermacam2.. Kerja utama kena sambut parents dan pelajar baru dgn ucapan tahniah. Info semasa, Sebut angka giliran , pengumuman hilang kereta, alih kereta, hilang anak, hilang bapak, hilang X-Ray dan banyak lagi lah . Alhamdulillah ustazah Sabariah byk membantu bg arabic dan Madam Juria & Madam Rosniza banyak bantu untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .Memang manis dan seronok sangat pengalaman menjadi announcer arab tuh >.< . 

Saya juga ditugaskan untuk menjadi Master of Ceremony (MC) untuk briefing bg Arabic Placement Test, English Placement test, Fundamental Knowledge Test dan Tilawah Test di dewan AL-Malik Faisal yang boleh memuatkan hampir 2000 pelajar. Agak cuak time hari pertama sebab pertama kali jadi MC di ruang yang boleh dikatakan besar . Tapi Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar :)



Pengalaman menjadi taaruf committee mmg memberi pengalaman pengurusan emosi, kerja, sabar dan sebagainya. Yang penting ikhlas kerana Allah dan memberi kesan dihati ni . 



Kami berkhidmat selama dua minggu, makan minum ditanggung dan kami diberi elaun :)

Alhamdulillah, saya bersyukur menjadi warga UIA yang saya impikan sejak kecik lg..hehe
I LOVE UIAM !

Bersama Hazira n Jannah ( Biro Sekuriti )

Biro Exam . Alhamdulillah kami berjaya !


Sekian :)




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)