Saya Cantik Sehat !

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Kali ni sy nak kongsi beberapa tips kecantikan dan kesihatan
untuk Fizikal dan Rohani InsyaAllah..

1. Rambut Cantik : Kalau nak rambut cantik, selalu sikat rambut, jangan selalu shampoo dan jangan pakai tudung dengan rambut yang still lembap. Nanti kelemumur dan berbau hapak ..

2. Hilangkan sakit kepala :
  •  Selalu sikat rambut juga menghilangkan migrain/sakit kepala .
  •  Tuala merah juga boleh hilangkan sakit kepala iaitu lembabkan tuala berwarna merah dan lapkan di dahi. InsyaAllah sakit kepala berkurangan
3. Mata :

  • Jangan tengok tv terlalu dekat atau mengadap skrin laptop terlalu lama. 
  • Selalu tengok tumbuhan hijau, makan sayur dan lobak merah . Errr, sy sendiri pun pakai cermin mata juga.hehe
4. Hidung : Dari kecik masih baby lagi orang tua selalu tarik-tarik hidung baby yang tak mancung. Mungkin tulang hidung baby masih lembut so masih boleh jadi mancung lagi .hehe

5. Bibir : Kalau nak bibir jadi merah asli tak kering

  • orang dulu-dulu kata jangan selalu sangat pakai gincu nanti warna asli bibir jadi tak asli dan dah tak cantik lagi.
  • Selalu sapukan marjerin kat bibir untuk jadikan bibir merah atau lebih elok sapukan madu, Bibir akan segar dan jadi merah. 
  • Elakkan melembabkan bibir menggunakan air liur sebab air liur tu la yang menyebabkan bibir kita jadi kering. Gunakan pelembab bibir mungkin .
  • Kena la selalu menjaga kesihatan sebab bibir yang merah menandakan tahap kesihatan dan kesuburan seorang perempuan.
6. Gigi : Kalau nak gigi putih dan tak cepat rosak yang penting sekali

  •  Kena rajin gosok gigi. Kalau nak gigi jadi putih sapukan arang tu kat gigi. 
  • Seeloknya, kurangkan penggunaan ubat gigi sebab dalam ubat gigi tu ada florida yang boleh merapuhkan gigi tau. Jadi setakat berus sahaja tanpa guna ubat gigi pun tak apa.
  • Kemudian, rajin-rajin la jumpa doktor gigi. Buat scaling ke,Rm40 je sekali buat. Baru la mulut tu bersih. 
  • Selalu berkumur sampai 10kali selepas makan.
  • Selalu gosok gigi boleh menguatkan ingatan tau.
  • Gigi sakit : Berkumur dengan air garam . Dan baca surah Al-A'raf:67, kemudian hembuskan dalam air dan minum. Boleh juga hembuskan pada jari dan gosokkan pada gusi tempat gigi sakit tu, InsyaAllah akan sakit gigi akan beransur hilang.

    Para ibu pula, kena bijak pujuk anak gosok gigi. Beli berus gigi pilihan anak dan ajar macam mana cara betul gosok gigi. Kalau susah sangat, biasanya ibu akan gunakan jarinya sendiri dan gosok gigi anak. Kebersihan mulut ni penting . Menyesal tak jaga gigi dari kecik T_T . Sekarang sibuk nak buat rawatan.

7. Wajah muka.
Orang tua-tua kata, kalau nak muka cantik dan segar,

  • kena jaga rambut. Rambut yang sihat mempengaruhi kacantikan wajah juga
  • Jangan terlalu banyak gunakan mekap. 
  • Bersihkan muka dengan air bersih selalu. 
  • Basuh muka dengan air basuhan beras.
  • Hampas teh juga boleh digosok ke muka untuk menghilangkan daki dan melembutkan kulit muka.
  • Selalu menjaga wudhuk.
  • Rajin Solat malam. Bangun qiam.
  • Apabila mengadap cermin, baca doa 'Allahummakama hassinta kholqi fa hussin khuluqi' . YaAllah perelokkan lah akhlakku seelok ciptaan rupa parasku'
8.Perut : Jika disebut perut mesti dikaitkan dengan buncit kan?
Ha.. 1st sekali, kalau tak mahu perut buncit,
  • Makan yang berlebihan boleh menyebabkan gemok dan perut jadi buncit.
  • Jangan minum air selang seli sambil makan nasi atau sejurus selepas makan nasi. Seeloknya, selepas 40 minit baru boleh minum air. Untuk mengelakkan, minum la air dahulu sebelum makan.
  • Pastu, jangan minum ais. Sebab ais akan melambatkan proses penghadaman makanan dan senang jadi lemak. 
  • Elakkan minum minuman bergas.
  • Jangan mandi selepas makan.
9. Untuk mengelak penyakit pelik :
  • Amalkan Bismillah. 
  • Amalkan Makan secubit garam sebelum manjamah nasi atau makanan lain. Sy sendiri pun susah nak amalkan, selalu je lupa. kena  letak sebekas kecik atas meja makan senang.
  • Amal makan habbatussauda'.
10. Kurang kolestrol :
  • Basuh beras dengan bersih .Bila nak tanak nasi tu basuh beras Sampai 10 kali. Pastu sambil basuh beras tu selawat dan baca ayat pelembut hati untuk melembutkan anak-anak yang nakal dan kasih sayang suami ;-)
11. Jangan campurkan makanan darat dan laut. Elakkan Makan makanan bersusu dan ikan.

12. Tinggi : Kalau nak anak tinggi dari kecik kena bagi cukup makan, minum susu yang cukup dan selalu urut betis kebawah untuk pertumbuhan tulang. Kalau proses pembesaran dah terhenti tu, kemungkinan untuk tinggi masih boleh lagi iaitu dengan selalu bergayut, bersukan dan berenang. lompat 40 kali setiap pagi. Sy sendiri ada juga amalkan tapi tak istiqamah ,haih..tak jadi jugak kan :)

13. Seperti biasalah, segala penyakit tu berpunca dari apa yang kita makan. Semua makanan ni, tak jadi masalah jika ia tidak berlebihan. Yang jadi masalahnya bila kita makan sesuatu makanan tu dengan kuantiti yang banyak dan tidak teratur. Jaga diet anda.

14. Elakkan dengar lagu yang sedih atau melalaikan. Lagu rock-rock, cintan dan lirik yang lagha dan tidak membina boleh membuatkan kita melayani jiwa kearah negatif. Fikiran mudah menjadi serabut dan senang jadi pemarah. Lagu sedih yang menginsafkan itu digalakkan, macam lagu Opick :) . Banyakkan koleksi azan dan bacaan ayat quran dalam MP3 tu ye . Menguatkan jiwa dan memberi motivasi baru kepada diri InsyaAllah.

15. Selalu senyum, berbaik sangka, pemaaf, menepis segala yang boleh menyebabkan duka dan sayangi, doakan kesejahteraan orang lain.

16. Jangan selalu berada dalam suasana gelap tanpa lampu seorang diri. Memang ia lebih privasi, namun ia cepat mengundang duka dan perkara negatif cepat mengusik jiwa dan jadi mudah sedih. Kecuali, bangun qiam tu tak apalah, kita dengan Allah kan :)

JAGA SOLAT kita ye ! Solat dengan tamakninah adalah senaman terbaik untuk kesihatan badan kita :)

InshaAllah, Jom kita sama-sama amalkan dan istiqamah ya semua .




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)