A Book.


Secret About Men,
Every Woman Should Know..

Minggu lepas,
Selepas sarapan..kemas-kemas buku lama kat rak..
Ternampak buku ni..
buku Kak Wan time dia duk UM dulu
Tajuknya agak scary..
Scary?
Err...Bagi saya je lahh..hehe
sebab, kalau jumpa buku ni kat kedai buku memang tak beli kot..
sebab macam desperate sangat nak tahu pasal lelaki keee..haha

Tapi,belek punya belek,
tebal juga..4cm..
dah terasa macam nak bacalah..sebab buku english..
Boleh la improve english kan..
So, bermula la misi baru untuk habiskan buku ni..
Berkembarkan kamus english-Malay ditepi...hehe

Sesampai muka surat 20 lebih tu..terasa bertuah baca buku ni..

Mula-mula,
Penulis buat contoh situasi lelaki yang perempuan patut faham..
Reaksi, gerakan, percakapan dan semua perihal lelaki yang patut perempuan nilai..

Penulis banyak menulis tentang masalah rumah tangga wanita yang datang menemuinya..

Kebanyakannya, 5,6,9 tahun bercerai..

Contoh mistake #1:
Women like to mothering Men, like a Son.

Perempuan layan suami macam anak..
Suruh itu ini, membebel itu ini,
bebel kunci kereta asyik hilang lupa letak mana,
bebel tuala asyik letak merata-rata.
haha..
Macam suami tu anak dan tak boleh berdikari..
Lama-lama suami rasa macam tak berguna..
Makin perempuan layan macam anak, memang macam anak la jadinya kan..
So, romantik pun dah mula lama-lama hilang..
dan suami pula rasa terkongkong, dan rasa tak sabar nak keluar dari kongkongan tu..

amboih..:p

Pastu, penulis juga..banyak menulis tentang kesalahan perempuan..
Perempuan bila dah sayang, sanggup korbankan apa sahaja..
Last-last, bila rasa tak dihargai..mulalah memberontak bagai..
Selama bertahun-tahun pendam dan sabar...
Pastu fedap dengan sendiri
Jadi,konklusinya..
Ya..Luahkan...Kongsi..
Nikmati hidup..

Buku ni kisah life omputih la..
Kita orang Islam boleh je ambil psikologi yang positif mereka dalam hubungan..
Ciptaan Lelaki dan Perempuan cukup unik..
Allah..

Apapun, reset balik niat utama mencari pasangan..
kerana AGAMA, Keturunan, Harta, dan Rupa.
Amal dan gayakan gaya hidup Islam
maka terciptalah Baitul Muslim sa'adah karomah..
InshaAllah bahagia..

Comments

Post a Comment

Amboi,nak komen ape tu ?

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)