Mama oh Ma ^_~

Salam kasih sayang!

Terasa nak ber-blog pagi-pagi ni..

Pagi ni sarapan mee goreng..
Sape masak?
Haa..mestilah si anak dara sorang ni..hekhekhek..
Mee goreng basah je, tak buat pedas sangat pun walaupun diri ni amat suke pedas..
Sebabnya, si kecil Hanin akan makan same..hehe..sehingga menjilat jari budak kecik tu!
Kalau buat pedas,nanti banyak minum air ja dari mee nya,hehe.

Ok,nak cerita..
Semalam,ajar ma berkomputer..
Terus semangat pakai spek mata..focus-focus!
Mula-mula ajar macam mana nak pegang mouse..
Agak comel gitu, asyik cakap tak reti je..hehe..
Kekadang cursor lari sampai tak jumpa menyorok nya ke mana..
Bila nak click pulak pegi click benda lain :p
Macam mana scroll up and down..
Comel lah!

Pass! Cara guna mouse..then, belajar nak guna keyboard pulak..
Tekan dan cari huruf sebijik-sebijik,
cari noktah, backspace, space dan Enter..
Pass!

Pastu buka browser Google Crome dan click dua kali untuk search apa-apa..
"Ok, ma nak cari pasal apa?''
"Ma,nak cari resepi..Nasi ayam..''
''Ok..taip..R.E.S.E.P.I space N.A.S.I space A.Y.A.M" Enter!
hehehhe..Comel sangat!
Bila dah dapat resepi tu,khusyuk je baca..

Ok..seterusnya, ajar tekan pangkah browser..
Guna Youtube pulak..
Taip 'Ustaz Azhar Idrus'
dengar ceramah beliau pulak..hehhe
Seronok nampak gayanya..
Pastu mengantuk..

:)
Oh,my ma sudah berumur 57 tahun..
KuAnis sayang ma kerana Allah..
Moga baki-baki kamu didunia disamping aku dalam khidmatku padamu..
Bahagia dalam pelukanku..
dalam rahmat Allah..

Ingat kata-kata ma..
"Tak pe la xada harta benda sangat pun, Ma ada anak.."

Moga kami adik beradik jadi anak-anak solehah yang sentiasa mendoakan ma abah.
Ampunkanlah dosa kami, dosa Ma Abah,
Murahkan rezeki keluarga kami,
Jauhkan pecah belah antara keluarga kami.
Jangan engkau balikkan hati kami ke jalan yang engkau tidak redhai..
Aku bersyukur dengan apa adanya..
Aamiin..

p/s:tinggal beberapa hari lagi sisa hari nak ke UIA..huhu lama-lama cuti buat diri ni terasa susah nak berpisah dengan keluarga. Homesick agaknya nanti! T_T moga aku kuat.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)