Family Dinner: Steak

Semalam punya kisah.
Ayah mertua ajak family makan western.
Hubby tanya.. "Anis selera nak makan western tak?"
Saya jawab.. "Selera..kot"
Haa kot tu yg tak sedap dengar tu.
Tapi, last2 ikut juga semua pergi kat restoran kat waterfront

Ayah, Afiq dan saya order steak.
Hubby order fish sizzling dan kak Ebah order chicken chop kot.
Entah dah lupa.

Mula makan tu, steak tu rasa masin.
Tapi, still boleh makan dan sedap la walau terlebih masin.
Sampai habis saya telan steak tu.
(Baby ni ikut ayah dia suka makanan western la kot! Hehe)

Lepas habis makan, sembang sembang keluarga,
Kami pun balik.
Sesampai dirumah, masa dalam lift, hubby kata,
"Jap, nak duk tingkat 1 ,pukul 12 abang masuk bilik"
Hmm.. Apalagi, tak sah kalau tak sambung main game dia.
Hantu game betul encik hubby ni hehe.
Siap interkom lagi, tanya.. "Ok tak.. Nak main game lagi boleh?"
Errr...

Mase kat bilik, rasa mual semacam..
Ayyayai.. Nak muntah lagi..
Pergi toilet.. Urut dada terus keluar semua segala yang dimakan tadi.
Allahurobbi.. :(
Baru nak nikmati makanan.
Malas nak bgtahu hubby.
Biasa lepas muntah , saya baring dan akan okay.
Dah tiap2 malam hubby urut dada time saya sakit ulu hati.
Kesian pula kat beliau.

Rasa nak menangis je time muntah tu..
Sakit makanan ditolak keluar tu, hanya Allah je yang tahu.
Ni rupanya dugaan mengandung.
Muka dan mata jadi merah masa muntah tu.

Harapnya lepas masuk 4 bulan nanti dah tak ada ni semua.
Tak nak kacau time study dan menyusahkan hubby lg.
Moga baby behave.

Sejak morning sickness ni, saya tak sentuh dapur pun.
Diri sendiri pun tak lalu makan.
Masak pun confirm tak sedap.
Harapnya lepas ni boleh sambung memasak lagi.

*walaupun orang akan faham, tak turun dapur sebab tak sedap badan disebabkan hamil, tapi tak mahu la asyik bagi alasan sama kan. Nak jadi kuat. Nanti baby nanti pun kuat ;)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)