Dugaan saat keguguran

Jumaat 27 February 2015

Jam 4am, perut memulas..Sangat tak selesa.
After subuh bertambah sakit, hanya mampu menggosok-gosok perut sahaja..

pagi ni suami bertolak dari Tganu ke Kelantan..
Mungkin jam 11 pagi beliau sampai..
Niat dihati nak buat makaroni bakar untuk beliau..
Surprise sikit..hehe

Jam 9 dah prepare bahan-bahan untuk makaroni bakar..
Perut masih sakit..tapi bila reda, saya pun mula sambung masak lagi..
Tapi jam 10pagi.. perut teramat sakit..
Dikatil, berputar-putar badan sebab tersangat sakit..
Hanya tuhan je yang tahu..
Sempat whatsapp suami bagitahu sakit perut..
Suami suruh bgtahu mama supaya pergi hospital..
Tapi saya hanya mahu bertahan.. nak tunggu suami sampai dulu..

Mama datang urut-urut, tapi still tak reda..
Mama kata, mungkin kantung janin nak keluar..

Tahan punya tahan akhirnya, sangat lemah..
Tak boleh berdiri, memang decide sendiri nak ke hospital..
Mujur adik lelaki time tu, adik yang papah ke kereta..

Sesampai di hospital, saya dipapah ke kerusi roda,
time tu memang bleeding banyak sangat sampai ke kaki dan ke lantai hospital.

Apabila dipapah ke katil, nurse datang ambik darah dan sebagainya..
Suami sampai pada waktu yang tepat..
Terus menggenggam tangan dan mengucup dahi..

Lepas je scan, doktor kata kat perut dah xnampak kantung..
Terpaksa kena cuci rahim (D&C)..
Allahh..perasaan takut mula datang.. kalau boleh,tak mahu buat D&C..T_T
Lepas tu, doktor kata nak scan kat vagina..
Masa nak scan tu ada benda sekat..
rupanya kantung bayi dah turun ke pangkal rahim..
Doktor suruh batuk, 4 kali batuk terus keluar kantung sebesar tapak tangan..
Allahurobbi..

Doktor kata dah complete abortion..
Syukur ya Allah..
Tak payah masuk ward dan boleh discharge hari yang sama dalam pukul 2.30pm macam tu.
Tapi badanku lemah sekali..

Kami dibenar membawa pulang kantung janin tadi..
Lepas asar kami decide untuk tanam janin belakang rumah..
Sebelum tanam, kami buka kantung untuk lihat janin..

MashaAllah! Kembar!
Terduduk, rasa sebak tiba-tiba..
Walaupun janin berusia 8weeks, tapi boleh nampak kepala, tangan dan kaki..
Ada dua kepala..saiz 1inci je..sangat kecil dan comel..
Allah, hebatnya ciptaanMu..

Izinkan hambamu ini untuk Redha..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)