3rd Trimeter

Hari ni 29 weeks baby menendang-nendang dalam perut dengan jayanya.
Kalau sebelum ni saya selalu check-up baby kat Klinik Pakar Medina sbb nak Dr Marsita jaga baby punya development dan kuatkan rahim. Maklumlah, 4 month and below ni kandungan amat fragile, tambah-tambah saya yang pernah dua kali keguguran dah.
After 4 month ni, dah start check-up dengan Hospital Salam Specialist Terengganu sbb baby dah nampak ok. Dr Ju kata baby sangat aktif, sampai nak scan pun susah. hehe. Macam dah boleh agak jantina apa kan?

sKrg, kondisi kesihatan alhamdulillah baik. Kalau 1st trimester dulu, memilih soal makan akibat perubahan hormon. Skrg pula penat sebab perut semakin membesar. seriously, masuk 7 bulan ni cepat betul baby membesar. Dan mula rasa pergerakan yang jelas dari lapisan luar perut. hehe.

Ok,ceritanya kondisi skrg:
1. Malam susah nak tidur,sebab tak selesa. pusing kanan tak kena, pusing kiri pun sama.
2. Kencing sangat la kerap, asyik terasa nak kencing je.
3. Duduk pula takboleh lama nanti sakit tulang punggung. yg ni dugaan sangat bila nak mengadap laptop siapkan research.
4. Makan, memang lalu. Semua boleh telan. snack selalu kena ada, macam biskut, kurma atau buah untuk isi perut. Makan tak boleh byk satu masa nanti kepenatan, so makan sikit tapi kerap. skrg berat badan dah naik 7kg dah. wiii...
5. Aktiviti terbatas sbb cepat penat, walaubagaimanapun, site visit setakat ni tak gagal untuk join hehe.
6. Haa, setakat ni paling berat dugaan bila sakit bahagian ari2. yg ni mmg kena bedrest la. Bila duduk, mmg susah nak bangun berdiri. bila baring mmg kena pegang something kalau nak bangkit.

Apapun, Excited tu tak boleh nak gambarkan, hanya Allah yg tahu,  1st baby semua excited haha. Tp, doa dan berjaga-jaga pasti ada.

weekend ni site visit for data collection pulak.

Doakan saya dipermudahkan urusan bersalin nanti :)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)