Amalan semasa mengandung

Salam kasih sayang!

Ok post kali mengenai amalan semasa mengandung memandangkan ramai yang bertanya kpd saya apa tips tips dan amalan supaya mudah bersalin dan anak sihat walafiat. Ok saya akan share apa saya amalkan.

Untuk pengetahuan readers, saya pernah 2 kali keguguran jadi saya amat teliti dalam penjagaan kandungan kali ini. Sebelum disahkan pregnant saya diet turunkan berat badan sebanyak 4 kg. Acid folic mmg saya amalkan semasa kami merancang untuk hamil.

Buat pengetahuan readers juga, saya tidak mengamalkan apa apa supplement/jamu yg berlambak di pasaran skrg. Dr Marsita hanya sarankan saya amalkan makanan sunnah, banyak makan sayur dan kurangkan fast food.

1st Trimester
1. Amal surah yusuf, lukman
2. Acid folic, duphaston (kuat rahim)
3. Proscal (minyak ikan)
4. Provas (kalsium)
5. Jus delima
6. Madu
7. Susu kambing
8. Kurma


2nd trimester
1. Khatam alquran
2. Acid folic, kalsium,
3. Jus delima
4. Madu
5. Kurma
6. Susu kambing
7. Saffron (utk kulit baby cantik)

3rd Trimester
1. Surah maryam
2. Acid folic, kalsium
3. Jus delima
4. Madu
5. Kurma
6. Air zam zam
7. Susu
8. Saffron
9. Sapu minyak zaitun di kawasan perineum (vagina) utk melembutkan dinding vagina dan cepatkan bukaan.
10. Baca teknik bersalin yang betul (cara pernafasan dan cara teran)
11: senaman jalan itik setiap pagi

Bagi saya kalsium memang penting untuk pertumbuhan bayi dan kesihatan ibu. Sapu dan urut di area vagina dgn minyak zaitun dan senaman semasa bulan2 akhir sebelum bersalin juga amat membantu untuk cepatkan proses bersalin. (Bersalin yg pertama sy tak perlu gunting, yg kedua pula, tiada luka dan tak perlu jahitan langsung Alhamdulillah). Then, nak dekat bersalin tu,  saya makan kurma dan air zam zam. Yg lain, amalan amalan baik, makan makanan yg sihat macam biasalah.

Selain itu, saya ada print out doa mudah bersalin, tampal di buku nota dan baca sambil hafal. Setiap kali dalam kelas nak start salin note, saya akan baca doa tu.

SEMASA BERSALIN
1. Duduk mengiring semasa kontraksi untuk mengurangkan kesakitan
2. Semasa sblm masuk dewan bersalin, makan kurma dan air milo untuk tenaga semasa bersalin.
3. Baca doa mudah bersalin (Robbiyassir.. sila google😃)
4. Selawat Ya Fattah (Allah maha Pembuka)
5. Surah Al-Insyirah
6. Minta maaf dengan suami dan mak.
7. Jgn teran sebelum bukaan penuh
8. Jgn teran sebelum doktor suruh teran (biasa doktor akan suruh teran apabila kontraksi dtg, klu kontraksi tgh turun, jgn teran sbb baby tak kan keluar)
9. Sedut nafas guna hidung, hembus guna mulut tanpa bunyikan suara (ni dpt kurangkan kesakitan)
10. Jaga punggung jgn bg trangkat supaya tak terkoyak. Pesan kat suami supaya tengok2kan.
11. Semasa kontraksi, tarik nafas dan teran panjang2.. mcm buang air besar sembelit, masa teran tu seolah2 tolak bhgian abdomen bawah lama2. Kalau xckup nafas, curi nafas. Maksudnya tarik nafas tanpa melepaskan abdomen bawah yg tengah teran baby tu. Kalau ikut teknik ni, InsyaAllah 1-2 kali teran baby terus keluar.
13. Semasa teran jgn keluarkan suara. Sbb akan menyebabkan hilang tenaga.
14. Sabar. jgn berhenti Selawat. No  3-5 ni baca berulang kali jgn ingat benda lain. Bersalin mmg sakit. InsyaAllah besar ganjaran pahala buat para ibu.

Semoga bermanfaat utk para ibu hamil dan semoga sihat sihat selalu ☺️

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)