Pengalaman hamil anak kedua

Hi!

Actually, dah bersarang dah blog DL ni kan..
Hari ni juga officially blog dah bertukar nama dari Aisyalhaya kepada DeeinaLee..
Kenapa Deeinalee? Nanti DL cerita dalam entry yang lain ye :)

Kali ni nak tulis sedikit pengalaman hamil anak kedua..
Hamil anak kedua ni agak mencabar sebab jaraknya agak rapat dengan anak yang sulung,
Kira2 dalam 8bulan gitu.. Jadi habis je  bulan ke tiga, DL dah stop breastfeed Amshari..
Sebabnya susu dah tak keluar..

Kali ni alahan mmg dahsyat sgt,
Asyik baring aje, moody boleh tahan,
Makan tak berapa lalu..
Muntah kuning setiap pagi,
Masuk bulan ke 5  baru okay, boleh masuk dapur..
Alhamdulillah..

Dah lepas fasa alahan, diuji pula dugaan jaga anak sulung yang makin lincah,
Emosi amat bercampur baur..
Badan penat, terasa sedih sebab tak mampu nak sedia makanan sedap dan berkhasiat utk anak sulung mase tgh alahan tu.. dan tak mampu nak layan manja-manja sgt..
Oh my...DL mmg touching habis..

2bulan sebelum bersalin, DL pindah rumah sendiri,
Dah tak duduk rumah mertua..
Mmg sebelum tu, bila dah lepas fasa alahan, mmg shopping barang rumah..
Bulan ogos terus masuk rumah..

Sebulan before bersalin, mmg penat sgt..
Boleh mencabar keimanan bila suami berprogram dan terpaksa handle Amshari sorang..
Tp Alhamdulillah suami seorang yang ringan tulang dan pandai main emosi DL.. :)

13 Oktober 2019 , Alhamdulillah lahirlah anak kedua..
Boboy juga.. dalam dugaan pregnant anak kedua yg mencabar ni, Allah balas proses bersalin yang amat mudah.. InsyaAllah DL akan cerita dalam entry yang seterusnya ya..


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)