Tips asingkan tempat tidur anak

Ramai kawan-kawan dan para Ibu minta tips macam mana Deeina train Amshari dan Adam untuk tidur sendiri..

Orang rapat atau keluarga biasanya akan boleh tengok Amshari sangat berdikari sangat willing untuk tidur sorang-sorang.. Deeina dan husband memang tak paksa guna kekerasan pun..

1) Train dari awal lahir
Sejak mula-mula lahir, Deeina memang tak ajar anak untuk tidur sekatil dengan Deeina. Satu, untuk elak kemungkinan tertindih atau jatuh. Dua, elak baby kerap terjaga bila kita berdengkur, menggeliat dan sebagainya. Tiga, Deeina tak nak baby terlalu manja dan asyik nak ibu je. Jadi, minggu-minggu pertama selepas kelahiran, memang Deeina struggle sikit jaga baby. Bila waktu menyusu, Deeina akan bangkit or mintak tolong husband ambikkan bayi untuk Deeina menyusu. Bila baby dah kenyang, Deeina akan letak dalam baby cot. Berulang2 buat macam tu, sampai la dah jadi habit bayi..  so, anak-anak Deeina memang akan menangis bila pampers penuh atau lapar. Selain sakit/kembun dan sebagainya lah. Tp mostly, Deeina jarang saje2 dodoi dan dukung baby. Waktu bermain, bila nak pakaikan baju dan mandi. Masa tu, Deeina akan rangsang dia.

2) Bilik sendiri yang selamat
Sebelum kami pindah rumah sendiri, Amshari memang tidur tilam sendiri.. kami tak guna katil sebab kekangan ruang, plus Amshari dah pandai panjat. Jadi memang letak tilam dekat bawah. Bila dah setahun 4bulan, Kami pindah ke rumah sendiri jadi, Amshari dah mula ada bilik dan katil sendiri. Beberapa bulan yang pertama, kami suami isteri akan bergilir teman Amshari sampai tertidur baru kami tinggal dia. Selepas cukup 2 tahun, Amshari tidak perlu diteman lagi.

3) keyword/Password
Setiap kali masuk waktu tidur, biasanya jam 9.30pm, kami akan inform Amshari bersiap untuk tidur. Biasanya Amshari suka apabila dipujuk untuk gosok gigi, basuh muka dan kaki sebelum tidur. Biasanya, bila dah basuh kaki, dengan sendiri, Amshari akan jalan masuk bilik dan naik atas katil.  Kami siapkan lampu tidur  bercorak cendawan dan lampu pantulan bintang untuk bantu Amshari tidur. Selain itu, reka satu keyword/password tidur.. contohnya Amshari akan dibacakan doa tidur, selawat syifa’ , ayat qursi dan doa dalam bahasa melayu sambil ucap dengan jelas doa-doa dan harapan untuk Amshari.. selepas itu,  kami akan cuit ibu jari sebagai kata sepakat sebelum Deeina tutup lampu dan biarkan Amshari tidur sendiri..

Akan ada byk masa anak akan merengek-rengek tak nak masuk tidur. Setakat ni, Deeina tak pernah tewas dengan anak. Malah, Deeina akan pujuk supaya dia setuju untuk tidur sendiri. Melainkan, dia tengah tak sihat atau takut guruh. Amshari ni pandai takut guruh..hehe. Dia akan terbangun dan ketuk pintu bilik Deeina untuk masuk..hati ibu mana tak cair kan hehe. Jadi bagi chance la :)

Ok,  rasanya itu je tips yang Deeina amalkan untuk latih tidur sendiri. Sambil pujuk tu sambil puji bilik dia cantik, tidur dulu esok bangun lagi, good boy dan sebagainya :)


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)