Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Salam semua!
Seperti yang dijanjikan.. Memandangkan ramai yang tanya tips mudah bersalin..
Jadi, Deena akan share pengalaman Deena sendiri..

Sepanjang tempoh pregnant,
Dari awal mula Deena disahkan pregnant, memang Deena tak skip vitamins..
Folic acid, iron, calcium dan sebagainya..
Selain tu, Deena dah mula amalkan doa dipermudahkan bersalin dari hasil google.
Memang amal doa tu sejak pregnant yang pertama lagi.
Surah yusuf, Yasin dan surah Maryam menjadi pilihan sepanjang Deena pregnant.
Nak amal petua pun, perlu juga ada usaha untuk makan benda yang sihat supaya kandungan kita tidak berisiko.

Ok!

1. Exercise
Masuk minggu ke 37,
Deena amalkan exercise jalan itik..ala, mudah je..
Deena buat sambil mandi dalam tandas,
 duduk cangkung sambil berpaut dekat dinding dan jalan 5-10 langkah..
Sekejap je, buat sekali setiap hari pun dah cukup.. kena rajin even rasa susah sebab perut makin membesar hihi

2. Urutan di Perineum
Setiap malam, sebelum tidur, Deena urut dengan minyak zaitun atau habbatussauda di kawasan perineum.. iaitu permukaan luar vagina.. urut dengan perlahan untuk kulit mudah stretch bila nak bersalin nanti..  memang rajin urut setiap malam.. tak nak kena jahit punya pasal..

3. Latihan teknik pernafasan
Bila dah masuk minggu ke 38 dah boleh slow slow praktis teknik pernafasan..
untuk mengurangkan kesakitan dan ketenangan semasa contraction, boleh tarik nafas menggunakan hidung, tahan selama 10saat, kemudian hembus menggunakan mulut.. baring secara mengiring semasa contraction pun boleh kurangkan kesakitan.. tp baring mengiring semasa tgh tggu bukaan penuh la bukan masa nak teran tu..

4. Latihan push
Boleh berlatih cara push yang betul, Deena ada follow nurse yang ajar teknik bersalin yang betul di FB. Beliau ada sebut untuk teran bila kontraksi sedang berlaku, bukan main teran je hehe. Semasa kontraksi sedang berlaku, kita kena tarik nafas, dan teran (tolak menggunakan perut).. jika nafas makin hilang, kena curi nafas.. (tarik nafas tanpa melepaskan otot abdomen). Deena tak tahu term apa yang sesuai, tetapi, masa nafas dah habis tu, cepat2 tarik nafas tapi dalam masa yang sama hold bahagian bawah.. jadi baby tak masuk semula.. tarik nafas kena dalam2, dan hembus perlahan.. ala lebih kurang macam buang air besar.

5. Kedudukan
Make sure, semasa teran tu, punggung jangan terangkat langsung. Jika terangkat, risiko untuk terkoyak tinggi. Selain tu, semasa teran, dagu perlu rapat ke dada sambil tangan berpaut pada besi katil atau nurse/husband. Deena mmg pegang batang besi tu je hehe.

6. Mintak ampun dengan Suami dan Ibu
Yang ni, memang penting. Memang faktor mudah bersalin, jangan la nak dekat bersalin tu, tak setel dengan ibu atau suami. Nak bersalin kena mintak redha kedua2 dua orang penting ni tau. Selain tu, jangan sakiti hati orang lain dalam tempoh pregnant tu. Kalau ada, cepat cepat pergi minta maaf ye.

7. Selawat
YaFattah: percepat bukaan
Al-Insyirah: mudahkan proses

8. Sumber tenaga
Sebelum ke hospital, perlu makan dan minum..
Deena memang bekal kurma dan air milo siap2..
bila bertenaga, proses meneran pun mudah..


Haa.. dah baca semua tips keatas? Mudahkan hehe.. kene rajin amalkan untuk hasil yang mantop. Alhamdulillah, bersalin Adam 3.4kg Deena tak ada luka langsung, apatah lagi kena gunting.. bila tak luka, jadi tak kena jahit la.. berpantang pun mudah.. tak payah risau jahitan terbuka atau bernanah..

Masa bersalin first pun, normal la kan ada luka sebab laluan bayi masih sempit.. Deena ada luka tapi hanya pada tahap pertama.. 1st degree.. jahit sikit saje.

Apapun, semua dari Allah disamping usaha para ibu.

Jumpa lagi pada next entry ye.. :)

Mungkin akan share tips pisahkan tempat tidur anak.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)