Smart cooking appliances iNNOCHEF touch dan Thermomix 6

Assalamualaikum. 

Kali ni saya nak share peralatan rumah tangga yang memudahkan urusan mak². Selain cordless vacum mop dan Dryer yang banyak bantu kerja rumah, Saya baru nak cuba guna robot yang tolong proses memasak pula memandangkan suami cadangkan untuk beli.

Saya ada buat perbandingan beberapa jenama iaitu:

1. Thermomix 6. Harga RM6988. Dari Jerman

2. iNNOCHEF Touch. Harga RM6876. Dari Spain

3. Allda. RM4288 dari Korea

4. Tokit. RM3000+ Dari HKong kalau tak silap

Jadi setelah saya buat perbandingan antara keempat² jenama ni, saya berkenan bibik TM6 dan iNNOCHEF. Sebab Allda korea tu fungsi sama cuma dia bukan full touch screen. Tokit tu pula baru dekat kickstarter dan saya tak berani nak beli produk yang belum terjamin walaupun nampak canggih dari jenama²  lain.

Saya pun compare la antara dua jenama ni TM6 dan iNNOCHEF. Fungsi semua sama cuma, bowl TM6 lg besar beza 200ml je. Heating mode TM6 guna thick film heating mode. Innochef guna induction teknologi. TM6 ramai Malay guna. Innochef belum ramai Malay guna. Boleh kisar, kukus, tumis, tlg kacau, dan tlg basuh sendiri tu sama dua² jenama ni boleh buat. Dua² boleh bayar ansuran. Dua² ada support group. 

Jadi setelah fikir² punya fikir, saya buat keputusan untuk beli iNNOCHEF dari Spain sebab ada beberapa fungsi yang saya nak tapi belum ada di TM6 antaranya:

1. Boleh upload resepi sendiri dalam cloud mesin, jd kalau suami/anak nak guna boleh tekan² je resepi yang kita dah upload tu.

2. Ada aplikasi di hp (android n app store) dan boleh sambung dengan mesin untuk papar resepi dimesin (kalau duduk atas katil boleh scroll cari kat aplikasi dia resepi ape nak masak esok tanpa perlu ke dapur). Pastu aplikasi dia ada nota boleh tambah bahan apa yg kita xada dan perlu beli. Bila gi kedai, tgk je bahan² di hp. Aplikasi tu boleh kongsi dengan suami. Jd nak minta tolong suami pergi beli barang, boleh dia tgk apps tu. Apps ni saya suka, dia convenient nak guna.. blh tulis nota dekat resepi tu kalau ada perubahan resepi yg kita nk ubah bila nak masak lain kali. Apps dia menarik juga la. Macam main game pulak ada badge² 🤩

3. Dengan harga RM6876 tu, Dapat Air Fryer Oven sekali (boleh bakar kek, biskut, goreng ayam tanpa minyak, keringkan kerepek, kembangkan doh roti dgn cepat, cairkan makanan beku, panggang seekor ayam pusing, dan lain²). Benda ni plg suka sbb dgn alat ni seketul je, tp dia combine mcm² jenis fungsi. Canggih betul. Saya boleh masak telur dadar dalam ni hanya 3mins je tadi

4. Ada bahasa melayu. Selain ada English dan Chinese, Kalau mak² yg tak pandai english boleh guna Malay je.. resepi pun ada dalam bahasa melayu.

So far dah guna ni memang puas hati sebab memang memudahkan kerja sebab boleh tinggal buat kerja lain. Saya ada baby, sebelum ni proses memasak asyik terhenti, kena tutup api dapur bila nak pergi urus anak.. jadi makanan pun lambat nak siap. Sekarang dah tak macam tu. Paling saya suka, baking sangat mudah sebab tak payah guna banyak² bekas, just timbang dalam tu je.

Tetapi, ada dua benda saya lebih selesa guna alatan elektrik biasa iaitu bread maker dan non stick rice cooker. Disebabkan saya dah ada dua alat ni, jadi kalau nak uli doh roti tu saya lebih suka guna bread maker berbanding guna innochef/tm6 sebab BM ni memang direka untuk uli roti pun. Plus blade dia plastik dan senang basuh berbanding stainless steel. Disebabkan saya guna non stick rice cooker so saya lebih suka masak nasi macam biasa. Tapi fungsi² lain tu takleh dinafikan memang tip top tau. Nak menangis rasa bila tak de percik² minyak dan dapur kurang sepahnya 🥲 Goreng bihun dan nasi goreng tak susah² kacau dengan tangan. 

Both TM6 dan iNNOCHEF ni memang memudahkan kerja mak² didapur. Kalau ada rezeki lebih, boleh spend untuk gajet ni. Kalau beli, tak menyesal. Tapi kalau tak beli pun takpe, tak rugi pun.. hehe 🙃 Masak je macam biasa.

Maaf, kalau ada info salah sila betulkan ye.

P/s: siapa nak info pasal iNNOCHEF boleh contact advisor di 011-5423 3237 

whatsapp www.wasap.my/601154233237

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)