Bila Hati Kurang Zat

Kalau entry yg lepas Anis menulis berknaan hati, kali ini juga hati. cuma kali ini mengenai hati yg kekurangan zat. Hati yg tidak sihat. Sama mcm badan. Bila badan kita kekurangan zat maka, badan kita akan kurus, antibodi tidak kuat, dan sentiasa lemah. Mengganggu utk beribadah. Sama juga mcm hati kan .
Manusia Mudah rasa sakit apabila dihina, dicerca atau pendapatnya disanggah, lalu mudah tergelincir dari landasan agama atau garisan Allah

Menanggung Rasa sakit disebabkan kata2 manusia
adalah sebahagian drpd ujian hidup. 
Tanggungan sakitnya kadang2 
melebihi tanggungan sakit disebabkan luka di badan .
Samada suka atau tidak, semua org terpaksa menempuhnya. 
Tidak ada manusia di dunia ini yg 
hidupnya senang dan bahagia berpanjangan.

Mengapa hati kita rasa sakit apabila kita dihina dan 
dicerca ataupun dihadapkan dengan sesuatu pandangan 
yang bertentangan dengan pendapat kita atau 
apabila berlaku percanggahan pendapat? 
katalah dalam satu majlis perbincangan, 
pengerusi majlis terang terangan 
mghina kita di hadapan ramai. 
Sedangkan waktu itu ,
kita ada idea utk membela pandangan yg dikemukakan, 
cuma kita tidak diberi kesempatan utk mengetengahkan
kerana tidak ada autoriti. 
Agaknya bagaimana pergolakan hati kita waktu itu?
Mungkin bercampur baur antara malu, marah, 
sedih dan berbagai- bagai lagi rasa hati 
yang menyebabkan hati jadi sakit.


Mengapa hati kita mesti sakit apabila persoalan ini timbul ?
Tidak bolehkah kita bersikap berlapang dada, tenang dan
menganggap itu sebagai ujian?

Sebenarnya, Punca timbul rasa sakit di hati adalah
kerana hati kita berpenyakit.
Ibarat limau yang airnya diperah kulit tubuh.
Kalau kulit itu tidak luka, tidak akan rasa apa2.
Tp, jika kulit luka walaupun sikit, 
pedihnya boleh mengakibatkan kita menjerit. 

Salah satu sebab kenapa luka lambat sembuh ialah
kerana kurang sesuatu zat pd kulit. 
Begitu juga dgn hati. 
Hati yang berpenyakit sukar utk dikawal apabila dihina. 
Ini adalah disebabkan tidak ada sikap sabar.
Tidak adanya sifat sabar dalam hati 
bermakna tidak ada pendinding atau penawar 
apabila hati dilukakan dengan kata-kata manusia.

Mmg benar, utk besabar apabila berdepan dgn perkara yg
kita tidak senangi adalah satu perkara yg sukar. 
Kita rasa alangkah tidak adilnya hidupnya ini! 
Tp Ingatlah pd sabda Rasulullah s.a.w :
Sabar atas apa yg tidak engkau sukai itu bannyak kebajikannya
( Riwayat Tarmizi )

Ya, apa yg diperkatakan oleh Rasulullah itu mmg benar. 
Cuma akal dan hati kita saja yg tidak tajam dan 
cekap dalam mentafsir atau mencari hikmah 
mengapa peristiwa tersebut berlaku.

Hendaklah kita bersabar apabila 
diuji dengan kata-kata manusia. 
Tentu ada sebab kenapa Allah memberi ujian 
dan kita terasa sakit hati. 
Sesuatu yang Allah lakukan itu 
tidak pernah sia-sia walaupun 
pada kejadian debu memasuki mata. 
Allah memasukkan sebutir debu yg halus 
ke dalam mata utk memberi pengajaran 
dan renungan pd kita betapa lemahnya kita
berbanding dgn kudrat Allah. 
Debu pun tidak dapat tegahi dari menyakiti mata,
inikan pula utk melawan kuasa Allah. 
Maka akan insaflah diri dan 
wujudlah rasa kehambaan pada hati.

Hanya orang bertaqwa yg dapat mengcungkil dan
memahami segala yg tersirat di sebalik sesuatu peristiwa. 
Orang yg bertaqwa mempunyai keyakinan bahawa 
segala yg berlaku dalam pengurusan Allah.
Kesabaran amat perlu agar 
kita tidak tergelincir daripada garisan Allah.

Apabila kesabaran menunjang di hati, 
situasi ini memberi peluang 
utk kita mengcungkil hikmah atas segala peristiwa. 
Hati yg sabar akan memelihara diri drpd berdendam, 
rasa malu, sedih dan gelisah. 
Seperti seorang isteri dimarahi suami. 
Si isteri merasakan tidak ada alasan utk 
suami memarahinya kerana dia tidak berbuat salah apa2. 
Kiranya hati si isteri sabar,
maka akan terpelihara drpd mendendami suami, 
marah atau rasa dihina.

Hati yg sabar akan memberi peluang kpdnya 
utk memahami siasah Allah mengapa dia dimarahi.
Tentu ada maksud tersirat. 
Mungkin sblum ini dia pernah menyakiti 
atau menyinggung perasaan orang lain. 
Di sinilah perlunya kita koreksi diri 
dan cari pengajarannya.

Sememangnya mudah utk 
menyuruh orang lain jadi sabar 
apabila ditimpa ujian tapi 
tidak semudah itu untuk kita sendiri melakukannya. 
Bukan mudah untuk menundukkan hati 
apabila kita dihina dan dicerca. 
Bukan mudah untuk memelihara diri sendiri
drpd rasa berdendam sewaktu hati disakiti. 
Sifat sabar susah utk diperolehi 
kerana kedudukan sabar itu tinggi dalam agama.

Saidina Ali k.w. berkata: 
"Sabar itu dari iman, 
adalah seperti kedudukan kepala dari tubuh. 
Tiada tubuh bg orang yg tidak mempunyai kepala.
Dan tidak ada iman bg orang yg tidak mempunyai kesabaran''

Mengenangkan rahmat Allah pd orang yang sabar juga merupakan salah satu daya perangsang untuk kita berusaha memiliki sifat sabar. Alangkah indahnya janji Allah kepada orang yang sabar.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)