Huh? HIV positif !

'Tersentap apabila nurse memberi sampul keputusan ujian darah kepadaku, Astaghfirullahalazim,aku positif HIV! '

Terasa sebak dan simpati apabila saya membaca artikel seorang akhi yang HIV Positif.
Entah kenapa, beliau begitu sabar melawan sakit, tanpa putus asa mencari semangat terus konsisten berubat, berani berhadapan dengan cemuhan orang ramai dan berkongsi apa yang dideritainya.

Mesti kita ingat orang yang mengidap HIV ni adalah kerana fe'el atau perbuatan jahatnya kan? Negatifnya pandangan kita. Perasaan takut dan bimbang menghantui kita untuk Mendekati orang sebegini bukan? Lantas mereka dipinggiri..

Mesti kita tertanya-tanya pula apa penyebab dia mengidap HIV kan?

Begini kisahnya, akhi tersebut mengidap diabetis dan sering mendapatkan rawatan dihospital. Pada suatu hari beliau mendapati bibir dan gusinya berdarah. Beliau menganggap ianya kesan diabetis tp, pendarahan itu kerap dan tidak berhenti sehingga la pihak hospital menganggap ianya serius dan beliau juga pernah dimasuki hospital sebagai suspek denggi berdarah, kemudian dikatakan suspek neutrophenia, kanser, multiple myeloma dan leukemia.

Tapi,last3 kena buat Bone Marrow Biopsy.
 3 kali tulang punggung ditebuk. 

Beliau terpaksa membuat pemindahan darah. Keputusan ujian darah beliau ok je mase tu. Semasa beliau dalam sesi rawatan, beliau tidak mendapat rawatan yang sebaiknya, cucuk sana sini, tambah2 doktor pelatih pulak. salah cucuk,kena cucuk semula. salah tebuk, tebuk lagi. Salah Jahit, bukak balik. Kadang-kadang kapas darah dan nanah dalam plastik tidak dibersihkan. 


Beliau bertukar tempat hospital selepas itu dan fail beliau dihospital lame telah hilang dan itu menyebabkan beliau terpaksa membuat ujian darah sekali lagi. Setelah mendapat keputusan ujian darah itulah dunia beliau bagai gelap seketika, ujian lagi keatasnya setelah beliau disahkan HIV +ve. Allah. Apakah dosanya hingga mendapat penyakit sebegitu. Apatah lagi setelah doktor menjelaskan bahawa virus itu merebak ke dalam badannya setelah pemindahan darah dijalankan dahulu. Mesti pelikkan? Sepatutnya darah itu ditest terlebih dahulu dan setelah ok baru la boleh didermakan kan? Hmm.Kuasa Tuhan. semua boleh jadi. Virus HIV tu mungkin masih diperingkat kecil dan tidak dapat dikesan lalu bebas didermakan. Tapi apabila dipindah ke pesakit diabetis,kesannya cepat dan makin membahayakan.

Kisah beliau menyedarkan diri yang masih ada orang yang punya dugaan jauh lagi berat. Kita ni, demam sikit dah merengek. Sakit perut sikit dah merungut-rungut. Duit hilang pun risau xtentu pasal dah. Kekasih lari dah menangis-nangis air mata darah,(ada ke?). 


Belajar dan kerja banyak dah tension2, stress meraung2 marah orang. Astaghfirullah, disangkanya,hanya dia yang mendapat ujian paling berat dalam dunia. Diluah2 kepada orang sana sini, mengeluh distatus-status, menceritakan kisah sedih dialam maya blog,tumblr dll.. 

dan UNTUK APAKAH ITU? 

Menagih simpati? Mungkin ada yang simpati dengan kita dan mungkin juga ada orang yang menyampah dengan sikap kita itu. sungguh malu kan? Sepatutnya, kita makin kuat setelah apa menimpa, bangun mencari punca dan cara penyelesaiannya. Penyelesaiannya apa? kembali kepada Allah. Ujian hebat untuk orang hebat bukan? Syaitan prebet takkan menggoda orang taguh imannya,malah bigBoss sendiri yang turun padang. Ujian itu tailor-made (Muharikah). Diukur mengikut kesesuaian dan tahap iman masing-masing. “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 

-Surah al-Baqarah ayat 286 

Mari sini sy nak cerita sikit dan nak kongsi sikit ubat mujarab. Untuk kite-kite ni :-)


KENAPA KITA DIUJI? 
"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan solat serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan jua dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil, orang-orang yang demikian sifatnya, dan mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa." 

-Surah al-Baqarah ayat 177 


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” 

-Surah al-Ankabut ayat 2-3 



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” 

-Surah al-Baqarah ayat 216-


KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI? 
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 

-Surah al-Baqarah ayat 286 


RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT? 
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” 

- Surah Ali-Imran ayat 139 


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” 

-Surah Ali-Imran ayat 200 


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” 

-Surah al-Baqarah ayat 45 


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? 
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…" 

-Surah at-Taubah ayat 111 


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” 

-Surah at-Taubah ayat 129 


ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!! 
“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” 

-Surah Yusuf ayat 87 


UWAAA...TOLONGLAH TENANGKAN HATIKU!!! 
"Kami tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya." 

- Surah al-Mukminun ayat 62 


APA PUNYA MUSIBAH YANG KAU TIMPAKAN INI?? 
"Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperolehi kecuali oleh orang yang mukmin. Apabila dia mendapat kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya." 

- Imam Muslim 

MasyaAllah! Maha suci Allah merawat hati-hati sahabat yang sedang dalam keresahan. Diri ni bukan perfect untuk berlebihan dalam menasihati. Diri ni penuh dalam dosa. Sudah 20 tahun hidup mengumpul dosa dan pahala. Entah kiri atau kanan yang lebih berat timbangannya nanti?? Tapi, jika bukan kebaikan yang disampaikan,apakah keburukan dan kisah kelaghaan yang perlu dikongsi disini? Astaghfirullah. Semoga Allah Redha. Sahabat, bahuku sentiasa ada untuk engkau bersandar melepas lelah, jari jemariku bersedia mengesat tangisanmu, telingaku masih sudi mendengar bicaramu jika lisanku tidak mampu berkata2  dan aku sentiasa mendoakanmu. Aku mahu kamu tabah. 

Tabahlah kamu.Tabahlah aku. Tabahlah kita. 
Allah Ada.

-Aisy al-Haya'-






Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)