Menanti keputusan (Keajaiban)

Hari ni ada kenduri dirumah..
Mama datang sebab memasak lontong sarapan untuk pekerja pagi tu..
So start dari malam sebelumnya tolong mama buat nasi himpit..
Nasi himpit tanak sendiri, tak guna yang instant rebus tu..

Kuah lontong pun memang buat malam tu siap-siap,
Memang agak penat sikit..Tapi malam tu encik Hubby urut-urut okay la sikit..
Boleh lena juga malam tu.

Hari kenduri tu, saya jaga kat bahagian pintu masuk, sambut tetamu..
Jaga doorgift, hubby jaga kat belah lelaki,
Berdiri dan bangun duduk..
Penat tapi seronok..
haha..

Dalam pukul 5petang majlis pun selesai,
My family dari Kelantan pun berangkat pulang petang tu..

Masuk je bilik.. ada rasa lenguh-lenguh badan,
Berehat,
Hubby pun terlena..

Siapa tahu malam tu bakal mengubah mood kami..
Before maghrib, Saya ke toilet untuk membersihkan diri dan ready untuk solat..
Saya sedar yang ada satu ketul darah melekat di pantyliner..
Perasaan bercampur macam-macam..
Ya,perasaan yang kurang sedap..
Cuba tabahkan hati, tapi termenangis juga..

Kejutkan hubby untuk solat..
Hubby tanya kenapa muka mata merah..
Saya hanya jawab 'kita solat dulu'..

Lepas solat, saya tunjukkan gambar ketulan darah yang keluar tadi.
Sempat snap tadi sejurus keluar dari toilet
Suami mengamati gambar tersebut dengan tenang sambil mengomen..
"Mungkin darah biasa..penat kot hari ni, tak apa, malam ni kita pergi klinik"

Lepas tu kami solat hajat dan doa sama-sama..
Saya mula tenang, tapi di akhir doa, hubby doa keselamatan kandungan dan beliau sangat sebak.
Saya mula panic..
Terus turut sama sebak sambil meneruskan doa..
Hati ni kuat mengatakan ini petanda tidak baik..
Hubby yang tadi sangat cool tiba-tiba mendoakan keajaiban keatas kandungan ni..

Pukul 8.30 kami ke Klinik swasta untuk scan perut..
Tapi klinik tu ada doktor lelaki sahaja so tak boleh scan..
Kena tunggu esok pagi..

Lepas tu hubby ajak menceriakan diri,
kami makan burger sama-sama dalam kereta..

Malam tu kami doa untuk esok,
Esok je jawapan untuk kandungan ni

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin (tanpa koyakan, luka dan jahitan)

Tips bersalin tanpa koyakan dan luka

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)